Pages

Sunday, January 30, 2011

Keluarga Jejai Masukkan Gambar - Nora Danish

Lagi cer Nora Danish-Jejai-Fasha Sandha. Bleh la layan mlm2 minggu cmni kan..

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish menafikan bertindak menyebarkan gambar-gambar percutiannya bersama bekas suami Rizal Ashram (Jejai) di Internet baru-baru ini dengan tujuan untuk menambah kontroversi perpisahan bekas suaminya dengan aktres jelita Fasha Sandha.

Bagaimanapun menurut Nora, dia mengakui tidak kisah tentang penyebaran gambar tersebut. “Salah seorang ahli keluarga Jejai yang memasukkan gambar-gambar tersebut di laman Facebook bagi berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga yang lain. “Pada saya ia bukan satu masalah besar sebab ia hanya gambar percutian kami dan tiada sebarang niat untuk menyakitkan hati siapa-siapa,” ujarnya yang ditemui di Majlis Malam Penghargaan MIG Production, di One World Hotel, Rabu.

Nora yang dikaitkan dengan kontroversi putus cinta bekas suaminya, Rizal Ashram (Jejai) dengan aktres Fasha Sandha turut mengakui sedang dalam proses mengenali seseorang. “Secara jujurnya saya memang sedang berkawan dengan seseorang, tapi kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi. “Bagaimanapun ia bukanlah seorang VVIP yang digosipkan, tetapi seorang yang dihormati oleh Jejai,” katanya ringkas.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Nora mengakui penah mendapat tawaran dari pihak MIG Production selepas filem Cuti-Cuti Cinta, namun dia terpaksa menolaknya kerana lebih selesa bergerak sendiri.

Selepas Cuti-Cuti Cinta mereka ada tawarkan untuk bekerja di bawah MIG Production tetapi saya menolak sebab buat masa ini saya lebih senang untuk bekerja sendiri. “Sekarang saya belum menandatangani dengan mana-mana filem namun sedang meneliti sebuah tawaran filem kerjasama dengan negara jiran,” katanya. mstar


-- (Gambar)Suami Pelakon Wilma Muhammad, Mahir Effendi Pilot Firefly Meninggal Dunia
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Ibu Fasha Sandha: Sejak Dlu Lg Saya Krg Senang Dgn Pilihan Fasha 
-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar 

Keputusan Terkini PRK DUN Tenang 9 Mlm: BN 3751, PAS 1599, Majoriti 2152

Keputusan terkini Pilihan Raya Kecil DUN Tenang N.5 Johor. BN 3751, PAS 1599 (setakat 9pm).

Calon Barisan Nasional pilihan raya kecil Tenang, Mohd Azhar Ibrahim mendahului saingannya dari calon PAS, Normala Sudirman dengan memperolehi 3,751 undi selepas 18 peti undi dikira.

Normala pula mendapat 1, 599 undi.

BN mendahului dengan majoriti 2,152 undi.

-- Keputusan Terkini Pilihanraya Kecil DUN Tenang : BN Menang Dpt 6699 Undi, PAS 2992, Majoriti 3707

-- TV3 Didenda Max RM50,000 Krn Iklan Raya 'Sinari Lebaran'
-- (Gambar)Suami Pelakon Wilma Muhammad, Mahir Effendi Pilot Firefly Meninggal Dunia 
-- (Gambar) Sejadah Corak Babi 
-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor 

Saturday, January 29, 2011

Awal Ashaari Dituduh GAY, Betul Ke?

Lawak gak baca nih. Mcm2 ada kan dlm dunia hiburan.. Jom tgk apa cer..

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari,30, menjelaskan kekasihnya Scha Al-Yahya lebih tahu siapa dirinya yang sebenar serta hubungan yang mereka jalinkan.


Awal berkata, Scha juga bukan jenis individu yang mudah memeprcayai kata-kata dan juga tuduhan yang dilemparkan terhadapnya selama ini. "Scha lebih tahu siapa diri saya yang sebenar. Itu adalah kepercayaan yang amat paling penting. "Kami telah berkawan selama satu tahun setengah dan saya pasti dia bukan bodoh untuk menilai tentang diri saya," ulas Awal mengenai gosip dalam sebuah portal yang mengatakan dia hanya berpura-pura bercinta dengan Scha untuk menutup dirinya seorang gay.

Kata Awal, penampilannya sebagai seorang lelaki yang bergaya ataupun lebih bercirikan metroseksual mungkin menyebabkan sesetengah pihak tersalah anggap dengan statusnya itu. "Sebelum ini ramai lagi artis lelaki yang dilemparkan tuduhan kononnya mereka adalah gay kerana gaya dan penampilan mereka tetapi terbukti tuduhan itu tidak benar. "Kebanyakan mereka semua sudah berkahwin dan mempunyai ramai anak. Hanya kerana mengamalkan gaya hidup metroseksual tidak bererti gay," katanya selepas ditemui pada majlis pandu uji kereta model Honda CR-V di sebuah restoran di sini, Khamis.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dia dan Scha ada berbincang mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya itu, Awal mengakui pernah berbicara mengenainya.

"Kalau ada pihak yang termakan dengan apa yang orang cakap mungkin sekarang Scha telah meninggalkan saya tetapi percintaan kami masih kekal," katanya yang baru selesai menjalani penggambaran program Rentak Bolly di India. Pernah berangan-angan untuk mengakhiri zaman bujang sebelum mencecah usia 30 tahun, Awal berkata apabila saat itu tiba, keputusan untuk berkahwin bukan untuk menutup cakap-cakap masyarakat mengenai status seksualnya tetapi kerana kehendak diri sendiri.

"Saya tidak akan berkahwin hanya kerana ingin memberitahu kepada masyarakat bahawa saya lelaki tulen tetapi kerana kehendak diri saya sendiri. "Saya tidak perlu buktikan bahawa saya bukan gay," katanya yang bakal mengacarakan program Fuhhh! musim terbaru di TV3.

Mengharapkan jodohnya dengan Scha panjang, Awal memberitahu apa yang diperkatakan oleh masyarakat mengenai status seksualnya adalah tidak penting kerana dia lebih mengetahui mengenai perkara itu.

"Saya tidak boleh menutup mulut orang lain untuk berhenti bercakap mengenai diri saya. "Cukup keluarga,teman rapat dan Scha mengetahui siapa diri saya. Itu sudah memadai," katanya mengakhiri perbualan. mstar

-- Ibu Fasha Sandha: Sejak Dlu Lg Saya Krg Senang Dgn Pilihan Fasha
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Mangsa Mungkin Masih Hidup Ketika Mulut, Hidung Ditekup Pita Pelekat 
-- (Gambar)Suami Pelakon Wilma Muhammad, Mahir Effendi Pilot Firefly Meninggal Dunia 
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!! 

Friday, January 28, 2011

Tiz Zaqyah Terkejut Fasha Sandha Putus Cinta

PETALING JAYA: Pelakon wanita, Tiz Zaqyah yang pernah dikaitkan dengan kontroversi mempunyai hubungan dengan bekas pasangan kekasih Fasha dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) memberitahu terkejut dengan berita tentang perpisahan itu.

Bagaimanapun, dia menganggap perkara tersebut adalah hal peribadi pasangan berkenaan dan tidak mahu dikaitkan lagi dengan kontroversi yang boleh menjejaskan namanya.

“Tipulah kalau saya kata tidak tahu tentang perkara itu sebab ia menjadi perbualan hangat beberapa hari ini. Ketika membacanya saya berasa begitu terkejut. “Namun itu adalah hal peribadi mereka dan saya tidak mahu ambil tahu tentang perkara itu. Kalau boleh saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan mereka,” ujarnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Drama Gemilang di Pusat Komuniti Bukit Damansara, din sini Rabu.

Sementara itu, Tiz turut menolak desas-desus pertunangannya dengan anak seorang VIP bernama Aizat Fikri dan kontroversi tinggal sebumbung dengan pelakon kacak Remy Ishak. “Saya hairan bagaimana orang boleh kaitkan saya dengan seorang lelaki bernama Aizat itu sedangkan saya tidak pernah mengenalinya langsung, jika mereka ada bukti sila tunjukkan pada saya. “Selepas itu gosip beli rumah dengan Remy Ishak dan dakwaan kami tinggal sebumbung ia tidak benar sama sekali. Saya masih duduk dengan keluarga saya dan seperti yang pernah saya beritahu Remy hanya kawan sepertimana kawan-kawan saya yang lain,” ujarnya.

Jelas Tiz, dia menganggap apa juga kontroversi dan fitnah yang berlaku terhadap akan terbukti jika ianya tidak benar. “Banyak kontroversi yang saya hadapi tapi saya percaya bahawa kebenaran akan terbukti,” katanya yang tidak mahu dikenali sebagai pelakon kontroversi lagi.

Bercerita tentang watak dalam drama Gemilang arahan Khabir Bhatia ini, Tiz menganggap watak seorang guru bernama Asma merupakan sebuah watak yang agak berlainan dari drama yang pernah dilakonkan bi bawah arahan pengarah tersebut. “Drama ini memerlukan saya menjadi seorang guru yang baik dan mencintai seorang lelaki. Saya suka drama Gemilang ini kerana dapat bekerja bersama pelakon-pelakon yang lebih kurang seusia dengan saya. “Selain itu ia merupakan projek kelima saya bersama Khabir Bhatia selepas Nur Kasih, Nur Kasih The Movie, Keabadian Cinta, Tujuh Lagu dan Gemilang,” katanya.

Drama berkisarkan nostalgia Malaysia pada lewat tahun 70-an ini disiarkan bermula 24 Januari lalu, setiap Isnin, pukul 9 malam di TV3. Ia turut membariskan pelakon-pelakon ternama seperti Shahz Jaszle, Kamal Adli, Jalaluddin Hassan, Tasha Shilla dan ramai lagi. mstar

-- (Gambar)Majlis Resepsi Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- Gambar Fasha Sandha Di Langkawi
-- (Gambar) Fasha Sandha Dan Jejai PUTUS CINTA, Bkn Krn Nora Danish 

Tuesday, January 25, 2011

(Gambar) Fasha Sandha Dan Jejai PUTUS CINTA, Bkn Krn Nora Danish

Panas!!!! Panas!!!!  Jejai dh declare menerusi e mel hubungan cinta dgn Fasha Sandha dh berakhir.. Apa kes plak tu ekk? Jom baca..


Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

"Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka. Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip. Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya. Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan. Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu. hmetro

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Gambar Fasha Sandha Di Langkawi
-- (Gambar) Majlis Resepsi Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha 
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- (Gambar) Nabil Raja Lawak dan Qasha Cium Mulut? 

Monday, January 24, 2011

(Gambar) Azwaliza Azman TV3 Kini Bergelar Isteri

Ramai pasangan yg kahwin minggu ni kan.. Tahniah utk mereka.

KUALA LUMPUR: Personaliti TV3, Azwaliza Azman, 30, hari ini sah menjadi isteri selepas diijabkabulkan dengan Kadir Rashid, 32, Sabtu.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Ustaz Mohd. Haiyazid Mohammad di Pusat Perdagangan Dunia Putra, di sini kira-kira pada pukul 6.30 petang.

Dengan sekali lafaz, Kadir yang bertugas sebagai pengarah eksekutif sebuah syarikat swasta selamat bergelar suami kepada pembaca berita TV3 tersebut.

Azwaliza turut menerima sembilan dulang hataran dari pihak lelaki dan membalas 11 daripada pihaknya. Dia turut menerima mas kahwin RM20,000 manakala wang hantaran RM 50,000.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datu Farid Ridzuan dan artis tersohor tanah air, Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa. mstar

-- (Gambar) Ayu Raudhah Sedia 11 Khemah Majlis Resepsi Di Tmn Mawar
-- (Gambar) Pelajar UiTM Patah Tulang Belakang Dihempap Batu Besar Di Bukit Broga
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis 
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!! 

Saturday, January 22, 2011

(Gambar) Rita Rudaini Krg Sihat Tak Hadir Nikah Ayu Dan Zaquan - Aidil Zafuan

ALOR SETAR: Aidil Zafuan Abdul Radzak, suami aktres Rita Rudaini Mokhtar memberitahu isterinya tidak dapat hadir ke majlis pernikahan Zaquan Adha dengan pelakon Ayu Raudhah, Jumaat, kerana tidak sihat. Aidil berkata, Rita sekarang sedang mengandung lima bulan menyebabkan keadaan kesihatannya sering terganggu.

"Saya ada mengajak isteri datang ke majlis ini tetapi Rita tidak sihat. Jadi, dia tidak dapat datang bersama dengan saya dan berada di Kuala Lumpur. "Insya Allah, dia akan turut serta dalam majlis resepsi di sebelah pihak lelaki di Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini," kata Aidil kepada pemberita selepas majlis akad nikah kembarnya Zaquan Adha di sini, Jumaat.

Zaquan diijabkabulkan dengan aktres Ayu Raudhah pada Jumaat diMasjid Sultanah Bahiyah. "Saya tumpang gembira dengan majlis perkahwinan Zaquan dan semoga dia menjadi seorang suami yang bertanggungjawab. "Selepas ini tanggungjawabnya lebih besar dan berharap agar dia menjaga keluarganya dengan baik," ujarnya Aidil lagi. mstar

-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- (Gambar) PASKAL TLDM Bebaskan Kapal MT Bunga Laurel, Selamatkan 23 Org Ditawan Lanun Somalia
-- (Gambar) Pelajar UiTM Patah Tulang Belakang Dihempap Batu Besar Di Bukit Broga

(Gambar) Majlis Hari Jadi Umie Aida Ke 38 Di Restoran Tony Romas Bukit Kiara KL

Wow bestnya.. Happening btul, tahniah utk Datin Umie Aida.

PETALING JAYA: Aktres Umie Aida menerima kejutan sempena ulang tahun hari jadinya ke-38 oleh suami dan adiknya. Majlis berkenaan disambut pada Selasa lalu di Restoran Tony Romas, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.


Namun begitu, Umie berkata dia dapat menghidu terlebih awal tentang majlis tersebut kerana suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak pandai ‘berlakon'. Bagaimanapun, Umie pada mulanya hanya menyangkakan suaminya mahu mengajaknya ke majlis makan malam biasa dan bukan majlis besar yang dihadiri seramai 60 orang itu.


"Mereka sepatutnya menyambut majlis hari jadi saya pada malam 17 Januari lalu tetapi waktu itu saya tidak sihat. Jadi, mereka terpaksa menunda kepada malam 18 Januari lalu. Saya dapat mengagak suami akan membuat sesuatu (kejutan hari jadi) pada malam itu apabila dia mengajak saya keluar tetapi dia berpakaian formal. "Sedangkan biasanya kalau dia keluar bersiar-siar dengan saya pada waktu malam, dia hanya selesa mengenakan pakaian ringkas,” katanya kepada mStar Online.

Artis yang hadir ialah kakaknya, Erma Fatima, Erra Fazira, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ning Baizura, Sofea Jane, Ziela Jalil, Noniswara dan Maya Karin.

Bercerita tentang hadiah hari lahir pemberian suami, Umie berkata dia tidak menerima dan meminta apa-apa hadiah daripada suaminya. “Saya tidak mengharapkan apa-apa hadiah. Yang penting suami memberikan kasih-sayang dan menghargai diri saya. “Sempena ulang tahun ini, saya mendoakan agar diberikan rezeki anak,” ujarnya yang akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada Februari ini.

Selepas selesai dengan pementasan teater Natrah, dia berehat seketika daripada berlakon dan bercuti ke Eropah bersama-sama suami. mstar

-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- (Gambar) Pelajar UiTM Patah Tulang Belakang Dihempap Batu Besar Di Bukit Broga
-- (Gambar) Budak 22 Bln Hilang 18 Jam Di Hutan Kg Lintah Perak 
-- Pramugari MAS Chin Swee Len Ditemui Mati Di Amsterdam Belanda 

Friday, January 21, 2011

(Gambar) Diana Danielle Enggan Berlakon Filem Syamsul

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Diana Danielle Danny Beeson, 20, enggan bekerjasama dengan Syamsul Yusof, 27, jika ditawarkan berlakon oleh bekas kekasihnya itu. Menurutnya, dia tidak pernah terfikir untuk kembali berlakon dalam drama atau filem di bawah arahan pengarah muda tersebut biarpun dikatakan mereka sudah berbaik.

"Saya belum terfikir lagi untuk berlakon bersama dia (Syamsul)jika ditawarkan,” jelasnya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas kepada mStar Online. Jelasnya, hubungan baik dengan pengarah muda itu, hanya atas dasar profesionalisme dan rasa hormat sesama artis. “Saya rasa orang sudah salah anggap, saya langsung tidak terfikir nak kembali intim dengan Syamsul Yusof. Kami hanya kawan dan tidak lebih dari itu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dia yang dikatakan berpimpin tangan dalam sebuah majlis baru-baru ini menjelaskan bahawa ia tidak seperti yang digambarkan oleh beberapa pihak. “Mana ada saya hadir ke sebuah majlis sambil berpimpin tangan dengan Syamsul Yusof, Itu hanya fitnah semata-mata. Dia hanya membantu saya semasa turun tangga dari atas pentas sebab tangga tersebut terlalu kecil dan saya memakai kasut bertumit tinggi,” jelasnya.

Sementara itu, ibu kepada pelakon ini, Norsiah Ramli ketika dihubungi mStar Online memberitahu hubungan bekas pasangan kekasih itu sudah lama berbaik, namun tidak lebih dari sekadar teman biasa.

Kami sudah melupakan peristiwa lalu dan Syamsul sudah lama meminta maaf tentang perkara itu. Tentang hubungan Diana dengan Syamsul saya tidak pernah menghalang untuk mereka berbaik. “Saya ada bertanya Diana sejauh mana hubungan tersebut, namun Diana hanya memberitahu ia hanya berjumpa ketika di majlis dan tidak pernah berhubung melalui telefon dengan lelaki tersebut," katanya. mstar

-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!! 
-- Pramugari MAS Chin Swee Len Ditemui Mati Di Amsterdam Belanda 

(Gambar) Kamal Adli Lupakan Rancangan Kahwin Intan Ladyana

PETALING JAYA: Gara-gara tawaran berlakon yang semakin banyak, aktor Kamal Adli,24, (gambar) terpaksa melupakan hasratnya untuk memikirkan soal kahwin dengan kekasihnya pelakon Intan Ladyana,28.

Menurut Kamal, pada tahun 2011 ini jadual penggambaran filem mahupun drama yang diberikan padanya agak padat menyebabkan perancangan untuk berumah tangga terpaksa dipendamkan terlebih dahulu.

“Saya memang nak kahwin tetapi buat masa ini saya tak fikirkan sangat perkara itu. Bukan apa, saya mahu berikan tumpuan terhadap kerjaya seni saya yang sedang meningkat naik pada tahun ini,” katanya kepada mStar Online.

Kamal berkata, hasrat untuk bergelar seorang suami terpaksa diketepikan kerana dia juga tidak mempunyai aset yang kukuh sebelum memilih tarikh perkahwinan. Katanya, ketika tawaran datang mencurah-curah seperti inilah dia harus merebut peluang berkenaan yang suatu hari nanti dapat membantunya untuk menampung keperluan berumah tangga.

Pelakon drama bersiri BioNik ini berkata, dia berterima kasih kepada kekasihnya Intan memahami perkara itu dan tidak mendesak untuk berkahwin. “Syukurlah kami berdua masing-masing memahami tanggungjawab dan keperluam.

Jadi, soal berumah tangga ini bukanlah satu masalah buat kami berdua,” katanya yang bakal muncul menerusi filem arahan Farid Kamil, Pertiga tidak lama lagi. Atas dasar persefahaman itu ujar Kamal, hubungan mereka tidak pernah stres akibat desakan oleh mana-mana pihak mahupun keluarga. mstar

-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3
-- (Gambar) Pramugari MAS Ditemui Mati Di Hotel Raddison Amsterdam Belanda
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Org Ramai Kutip Duit Bertabur Lps Kemalangan Hilux Dan BMW Di Km 234 Highway PLUS Susur Keluar Pedas

Wednesday, January 19, 2011

(Gambar) Nurul Syuhada TV3 Perjelas Isu Kahwin

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, menjelaskan desas-desus yang mengatakan dia akan menamatkan zaman bujangnya pada Julai ini hanyalah sekadar khabar angin yang disebarkan pihak tertentu. Nurul menjelaskan hasrat untuk mendirikan rumah tangga sememangnya dirancang namun ia bukanlah pada tahun ini seperti yang digembar-gemburkan.

Norman Hakim: Kami Sarapan Pagi, Bukan Duduk Serumah

Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah adalah satu tuduhan yang tidak berasas.

Norman yang ditemui mStar Online berkata, semasa Abby menelefonnya untuk berurusan mengenai anak, dia dan Memey sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kopitiam di Wangsa Maju di sini dan bukannya berada berdua-duaan di dalam rumah seperti yang didakwa.


Tuesday, January 18, 2011

(Gambar) Anuar Zain Digelar Artis 'Berangan'

Sape minat Anuar Zain.. Meh baca sini..

Punya kelas tersendiri dalam kelompok artis-artis Malaysia, penyanyi terkenal Anuar Zain juga sering dikaitkan dengan kenyataan terlalu demanding ataupun mendesak dalam menuntut sesuatu perkara selain mahukan layanan bertaraf antarabangsa.

Namun, ketika diajukan soalan tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini memberitahu dia kesal dengan tuduhan tersebut yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya dalam industri ini.

Kata Anuar, layanan dan demanding tidak timbul jika mereka memahami cara berurusan dengannya yang menjadikan nyanyian sebagai satu profesion.

“Segelintir pihak kurang jelas dengan istilah demanding dan keperluan yang termaktub dalam kontrak yang dimeterai sebelum menerima tawaran persembahan.

“Namun begitu , sebelum terima sesuatu tawaran, pihak saya akan menyediakan kontrak sebagai sebahagian daripada urusan yang perlu.“Bagi saya setiap langkah urusan ini merupakan sebuah urus niaga perniagaan yang memerlukan “hitam-putih”.Jika tidak, ia akan menimbulkan banyak perkara tidak elok seperti penipuan. “Saya hanya bersikap profesional dan ia perlu ada dalam setiap artis yang menjadikan bidang seni sebagai kerjaya,” katanya.

Dia berharap kenyataan ini memberi penjelasan kepada masyarakat atau artis yang mengambil lewa tentang perkara ini. Jelasnya, dia hanya menjalankan sebuah urus niaga perkhidmatan melalui bakat yang ada. Susulan daripada itu, Anuar mengakui dirinya sering digelar artis berangan dan menempatkan sendiri dirinya pada kelas tertentu.

“Saya tahu ramai di luar sana yang mengelar saya berangan dan sukar untuk bekerjasama tapi jika mereka mengikut cara yang betul ia akan jadi mudah. “Ini bukan tentang berangan tetapi saya mahu industri seni kita sama dengan kerjaya lain di luar sana, bagaimana untuk berurusan dengan sesebuah organisasi kita perlukan surat rasmi dan segala prosedurnya bukan?” soalnya. mstar

-- Klik utk: -- Pramugari MAS Chin Swee Len Ditemui Mati Di Amsterdam Belanda

-- (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal 

Monday, January 17, 2011

(Gambar) Kad Kahwin Ayu Raudhah & Zaquan Mula Diedar

PETALING JAYA: Ikatan pertunangan antara pelakon Ayu Raudhah, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, yang berlangsung pada 17 Oktober 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah.


Ayu menjangkakan kira-kira 600 hingga 700 orang akan di undang untuk menghadiri majlis resepsi selepas nikah yang akan berlangsung di Taman Mawar, Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar pada pukul 7.30 malam hingga 11 malam, hari yang sama.

Pasangan itu mula mengedarkan kad perkahwinan berwarna kelabu kepada pihak media bermula Selasa lalu. MStar Online turut menerima kad jemputan perkahwinan berkenaan yang berwarna kelabu. Di luarnya diikat dengan riben berwarna merah jambu sambil tertera nama Zaquan dan Ayu dengan lambang hati. Ia menandakan kasih sayang dan gelojak cinta mereka yang disimpul utuh.

Pelakon drama Nur Kasih dan Manjalara ini akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Rizman Ruzaini, Qudyn, Calvin Thoo dan Man Kajang. Selain itu, wajah jelitanya akan diserikan dengan solekan oleh Amy Janz.

Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 30 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan. mstar

-- Klik utk: -- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
 
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al-Islam Dan Nur Azam Datuk Sulaiman
-- (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis

-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal

Saturday, January 15, 2011

(Gambar) Pelakon Terbakar : Emma Akma Bimbang Wajah Kekasih Jadi Buruk

PETALING JAYA: Pelakon drama Emma Akma Yunus,42, amat bimbang melihat wajah kekasihnya, Raffi Husin,24, menjadi buruk akibat melecur gara-gara insiden kebakaran ketika penggambaran filem Bara Jiwa Selasa lalu.


Emma berkata, Raffi mungkin mengalami kesan melecur di keliling badan, tangan serta muka dan mahu pihak produksi, Nuansa Production, bertanggungjawab membuat pembedahan plastik pada wajah Raffi jika ia diperlukan.

Friday, January 14, 2011

(Gambar) Mayat Lelaki Pakai Coli Ditemui Jatuh Dri Tngkt 12 Kondo Tmn Dato Senu KL

Seorang lelaki yang memakai coli wanita dijumpai mati dipercayai terjatuh dari tingkat 12 Kondominium Taman Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur, 12 Dis. - Utusan/ISMAIL KAMADIN

Wednesday, January 12, 2011

(Gambar) Pesawat Air Asia Terbabas Mendarat Di LTAK

Pesawat AK 5218 milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang terbabas keluar daripada landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sejurus mendarat dalam keadaan cuaca buruk pada jam 10.02 malam tadi masih belum dialihkan daripada landasan. Sehubungan dengan insiden itu, LTAK ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak, - Foto BERNAMA : Jan 11, 2011 2:16 pm

KUCHING, 11 Jan (Bernama) -- Beberapa kaunter utama syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) menjadi tumpuan beratus-ratus penumpang domestik dan antarabangsa berikutan penutupan lapangan terbang berkenaan selepas sebuah pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat pada Isnin.

Mereka tertumpu ke kaunter AirAsia, Malaysia Airlines (MAS) dan MasWing untuk mendapatkan perkembangan terkini penerbangan memandangkan LTAK masih ditutup kepada beberapa penerbangan komersial setakat jam 6 petang ini.

Bagaimanapun hanya dua penerbangan yang dibuat setakat ini iaitu MH2505 pada jam 7.30 pagi dan MH2515 pada jam 5.30 petang ini ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 malam Isnin, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur bersama 124 penumpang terbabas dari landasan ketika mendarat semasa hujan lebat, mengakibatkan empat penumpang cedera.

Ketika ditemui Bernama, Sumping anak Tukey, 28, dari Debak, Betong, berkata beliau tidak mengetahui berita penutupan LTAK dan hanya dimaklumkan penangguhan penerbangan sebaik sahaja mendaftar masuk di kaunter masuk penerbangan AirAsia.

Beliau yang disertai isteri dan dua anak masing-masing berusia tiga bulan dan lima tahun, difahamkan hanya akan dapat berlepas ke Kuala Lumpur pada 7.10 malam, 13 Jan ini.

"Saya bertolak jam 1 pagi tadi dari Debak dengan menaiki van mangambil masa enam jam untuk memastikan kami dapat menaiki pesawat pada 3 petang ini ke Kuala Lumpur, namun tidak tahu pun penutupan LTAK akibat kes pesawat AirAsia yang terbabas malam tadi," kata Sumping, yang bertugas di Kuala Lumpur sebagai anggota tentera.

Farawahida Abdullah, pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini, pula dimaklumkan tentang penangguhan penerbangan oleh AirAsia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pagi ini.

Katanya penerbangan beliau sepatutnya berlepas pada 10 pagi namun ditangguh dua kali iaitu kepada pukul 12 tengah hari dan 2 petang.

"Saya hanya akan berlepas ke Kuala Lumpur pada 13 Jan ini dan bernasib baik kerana kami diberi tempat penginapan di sebuah hotel dekat LTAK malam ini dan esok," katanya.

Sementara itu, kerja-kerja memindahkan pesawat AirAsia yang terbabas itu masih giat dilakukan oleh para jurutera AirAsia dengan menggunakan dua kren serta beberapa jentera berat.

Keadaan cuaca yang masih hujan di sekitar LTAK membantutkan operasi mengalih keluar badan pesawat yang terbabas di kawasan tanah di sisi landasan itu. bernama

Klik utk: -- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali ...Phewiittt
-- (Gambar) Mayat Pelajar 15 Thn Dibunuh Ditanam Di Blkg Rumah Di Kg Sadong Jaya Kota Samarahan
--  Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3 

Monday, January 10, 2011

Ana Raffali Menang AJL25, Gondol RM35,000

KUALA LUMPUR: Lagu Tolong Ingatkan Aku dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad. Dengan kemenangan Tolong Ingatkan Aku ciptaan sepenuhnya dan nyanyian oleh Ana Raffali telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhansebanyak RM35,000.

Tolong Ingatkan Aku telah berjaya mengalahkan 13 buah lagu lain iaitu Cinta Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri, Berlari (Tomok/ Tomok & ShazeeIshak/ Tomok), Pelita (A.P.I/ Loque), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/Edry Abdul Halim), Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam), Drama King (Taja/ Tun Teja).

Turut bertanding adalah lagu Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim), Extravaganza (Bunkface/Sam Bunkface/ Bunkface), Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril), Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim) dan Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan).

Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Drama King ciptaan Taja sertalirik oleh Tun Teja yang dinyanyikan oleh Black dan Meet Uncle Hussain sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh laguNoktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik dinobatkan kepada Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta (trofi & wang tunaiRM10,000).

Persembahan 13 finalis AJL25 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu pemuzik Acis, komposer Azmeer, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Andy Flop Poppy, penyanyi Amy Search, komposer Pacai dan komposer M. Nasir selaku ketua juri.

Seperti tahun sebelum ini, penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak70 peratus yang diadili terlebih awal manakala 30 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Pertandingan yang bertemakan Music Mapping atau Pemetaan Muzik ini dihoskan oleh gandingan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad danAlly Iskandar.

Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini dan Ziana Zain dalam persembahan ‘interlude’ selain M.Nasir, Nash, dan Francissca Peter sebagai persembahan pembukaan dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS.

AJL25 yang disiarkan oleh TV3 dan stesen radio Hot FM ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan. mstar

(Gambar) Ayu Raudhah Mula Edar Kad Kahwin

PETALING JAYA: Aktres jelita, Ayu Raudhah (gambar) akan mengedarkan kira-kira 300 keping kad jemputan perkahwinannya yang akan berlangsung pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah. Ayu, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, akan diijabkabulkan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada tarikh itu pukul 3.30 petang, selepas Solat Jumaat.

Menurut Ayu, seramai 600 hingga 700 orang akan diundang untuk menghadiri majlis resepsi selepas nikah yang akan berlangsung di Taman Mawar, Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar pada pukul 7.30 malam hingga 11 malam, hari yang sama.

“Antara tetamu yang diundang termasuklah beberapa rakan artis tetapi mereka belum membuat pengesahan kerana faktor jarak yang agak jauh dari Kuala Lumpur,” katanya yang sedang menjalani penggambaran filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki.

Bercerita lanjut tentang persiapan menjelang perkahwinan, Ayu akui fikirannya agak runsing setelah memikirkan ada beberapa perkara yang belum diselesaikan. Di tambah pula dengan jadual lakonan yang padat, dia terpaksa mencuri masa pada waktu malam untuk mencuba pakaian pengantin.

Katanya lagi, tunangnya, Zaquan juga sibuk dengan sesi latihan bola sepak. Jadi, sebab itu mereka sukar mencari masa luang bersama–sama. Pelakon drama Nur Kasih dan Manjalara ini akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Rizman Ruzaini, Qudyn, Calvin Thoo dan Man Kajang. Selain itu, wajah jelitanya akan diserikan dengan solekan oleh Amy Janz.

Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 30 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan. Pasangan itu secara rasmi bertunang pada 17 Oktober 2010 dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya, Selangor. mstar

-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!! 
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis 
-- (Gambar) Pelajar UiTM Patah Tulang Belakang Dihempap Batu Besar Di Bukit Broga

Sunday, January 9, 2011

(Gambar) Bienda Menunggu Cahaya Mata

PETALING JAYA: Selepas mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober lalu, pelakon Bienda mengakui sedang menantikan rezeki untuk mendapatkan cahaya mata.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu terlalu mengharap dan menyerahkan segala urusan rezeki tersebut kepada Allah s.w.t.

"Kami masih menanti rezeki untuk mendapatkan cahaya mata, sememangnya setiap pasangan yang baru berumah tangga pasti merancang kearah itu. "Namun kami tidaklah terlalu berharap kerana kalau tak dapat nanti sedih pula. Lagipun perkahwinan kami masih baru dan ada banyak masa lagi, kalau sudah ada rezeki pasti saya beritahu," katanya.

Jelas Bienda, dia kini dalma perancangan menurunkan berat badan selepas mengalami pertambahan mendadak selepas pembedahan jantung berlubang.

"Sekarang saya sering ke gim sebab rasa berat badan semakin bertambah. Tapi bila fikir fasal anak saya kurangkan sebab takut keguguran pula," ujarnya yang kini mempunyai berat sebanyak 57 kilogram.

Dalam pada itu, Bienda yang bakal keluar dengan drama terbaru berjudul Delima Sakti ini mengakui teruja melakonkan watak utama dalam drama tersebut.

"Selama ini saya hanya membawakan watak sampingan sahaja, ketika ditawarkan oleh Shiela Rusly saya pula sedang sibuk menguruskan persiapan perkahwinan. Namun saya terima juga sebab mereka sanggup menunggu sehingga majlis perkahwinan selesai. "Saya ingin teringin untuk berlakon dengan Sheila Rusly sebab tahu hasil kerjanya bagus. Orang selalu kata dia garang dan tak dinafikan hari pertama penggambaran, saya kena tegur sebab lakonan macam kayu, namun teguran itu yang majukan lakonan," ujarnya memegang watak Siti Melur.

Drama Sakti Delima merupakan drama adaptasi daripada filem Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas rantai sakti yang menjadi rebutan ramai. Drama di slot Legenda 20 episod ini telah mula ditayangkan pada 3 Januari lalu, setiap Isnin hingga Khamis. Antara pelakon lain yang menjayakan ialah Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Ungku Ismail, Aida Khalida dan Liza Hanim. mstar

(Gambar) David Beckham Lelong Porshe 911 Convertible Turbo RM3 Juta Di eBay

Pemain bola sepak popular, David Beckham telah melelong sebuah kereta mewahnya, Porshe di laman lelongan eBay. Kenderaan jenis Porsche 911 Convertible Turbo hitam itu kini menjadi rebutan dengan nilai harga bermula serendah kira-kira AS$1.01 juta (RM3 juta).

Jika nilai tersebut adalah bidaan terakhir, bermakna bintang tersebut menerima keuntungan berlipat kali ganda kerana dia membeli kereta tersebut pada tahun 2008 dengan harga AS$100 ribu (RM300,000) dan menambah kos ubahsuai sebanyak AS$50 (RM150 ribu).

Sebelum ini, Beckham berniat untuk menjualnya sendiri, namun akhirnya dia mengambil keputusan menyerahkan urus niaga tersebut kepada seorang jurujual bernama Chequered Flag.

Menurut jurujual tersebut dalam iklan lelongan itu, kereta sport milik Beckham itu mempunyai sejarah tersendiri dan keutamaan adalah kepada peminat bintang bola sepak tersebut. mstar

Saturday, January 8, 2011

(Gambar) Nur Ain Gadis Ditikam 19 Kali, Disimbah Asid Meninggal Dunia

Innalillah.. Gadis mangsa tikaman 19 kali, simbahan asid Nur Ain telah meninggal dunia. Takziah utk keluarga arwah. Al-Fatihah.

JOHOR BAHRU - Nur Ain Ashikin Jemedi, gadis yang kritikal selepas ditikam 19 kali, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Pandan, di sini hari ini, 7.1.11.

Nur Ain Ashikin, 17, yang dimasukkan ke hospital itu pada 16 Disember lepas meninggal dunia kira-kira pukul 8.32 pagi di sisi tiga kakaknya.

Seorang kakaknya, Marlina, 30, ketika ditemui pemberita di hospital hari ini berkata, pihak keluarga dimaklumkan mengenai keadaan Nur Ain Ashikin yang semakin kritikal, kira-kira pukul 11 malam tadi.

"Nur Ain Ashikin nazak kira-kira setengah jam selepas kami tiba di hospital. Pihak hospital memaklumkan badannya tidak lagi boleh menerima darah dan ubat-ubatan,” katanya.

Marlina berkata, jenazah adiknya akan dibedah siasat sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Redan, Kota Tinggi, hari ini. kosmo

Klik utk: 
  -- Lelaki Tikam Gadis 19 Kali, Simbah Asid Dipenjara 17 Tahun, 5 Sebatan
-- Gadis 17thn Hamil 6 Bln Parah Ditikam 19 Kali, Disimbah Asid Gara2 Cemburu
-- Ratna Graduan UKM Mati Ditikam Di Bilik Sewa Di Tmn Mahkota Jln Stadium A Setar
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Friday, January 7, 2011

(Gambar) Dua Pencuri Kabel Dibelasah Penduduk

KOTA BHARU – Angkara mencari wang cara mudah, dua daripada tiga sahabat cedera teruk dibelasah penduduk kampung ketika mereka leka mencuri kabel pada tiang Telekom Malaysia (TM) di Kampung Mentera, Binjai dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi, kedua-dua suspek yang berusia 16 dan 18 tahun terpaksa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan selepas mereka mengalami luka-luka di kepala dan badan ekoran dibelasah lebih lima penduduk kampung.

Namun, seorang rakan suspek sempat melarikan diri. Kejadian mencuri kabel pada tiang telefon itu pada mulanya disedari oleh seorang penduduk kampung selepas dia ternampak dua lelaki sedang memanjat tiang manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta. kosmo

Bangkai Cicak Ditemui Dlm Botol Sos?

ALOR SETAR - Seorang pemilik kedai makan di Pekan Langgar dekat sini terkejut apabila menemui satu objek yang didakwanya bangkai seekor cicak dalam botol sos ketika ingin memasak Rabu lepas.

Nor Hashima Mohd. Noor, 29, berkata, bangkai cicak itu ditemui pekerjanya Nor Hayati Abu Hassan, 25, yang ingin menggunakan sos berkenaan untuk memasak mee bandung kepada pelanggan.

"Ketika pekerja saya menuang sos yang baru dibeli di kedai runcit berhampiran ke dalam mangkuk, dia (Nor Hayati) nampak satu benda putih berekor tetapi dia tidak menyangka objek putih itu adalah cicak. "Apabila saya dan rakan melihatnya dengan lebih dekat, kami terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai cicak,” katanya.

Nor Hashima kemudian cuba menghubungi nombor syarikat berkenaan yang tertera pada botol sos itu, tetapi gagal. kosmo

Thursday, January 6, 2011

Menteri Datuk Seri Dr Rais Nafi Alegasi Laporan Blog, Pembangkang

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menafikan alegasi kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini.

Alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahil."
Tgk sini.

(Gambar) Awek Khairul Fahmi Che Mat, Aimie Harmielia Cun Ke?

Mesti dh ramai yg kenal awek Khairul Fahmi ni kan.. Cun tak? Mesti lah cun beb..hehe..


Follower kt blog dia yg jari2 tu pn dh ribu riban kan.. Perhhh... Glamer skang ni.. Siap ada fan page 'meluat' n 'tak meluat' lg u.. Pasti ramai gak aweks2 yg jeles dgn dia..kui2..

Pepun, good luck for both u.. Khairul Fahmi n Aimie Harmielia...Dua2 sweet.. Sumber: FB.

Klik utk : -- (Gambar) Khairul Fahmi Che Mat Dpt Rumah Drp Kerajaan Kelantan

-- (Gambar) Khairul Fahmi Che Mat Sedia Bermain Di Luar Negara

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal 

Wednesday, January 5, 2011

(Gambar) Abby Panggil Memey Perempuan Gatal - Jwb Phone Norman

Abby - Norman - Memey kembali hangat..huhu.. Panas beb panas... Lu pikir la sendri..kui3..

Sumber: SINI.

Tuesday, January 4, 2011

(Gambar) TV3 Siasat Karam Singh Walia????

Sape x kenal Karam Singh Walia? Gerenti ramai yg kenal kan.. Dia terbukti mmg bagus, hebat dlm kerja2 kewartawanan especially melibatkan alam sekitar.

Tp seriously, agak terkejut bila tgk paper td TV3 Siasat Karam Singh Walia berkaitan tindakan pihak berkuasa terhadapnya.

Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu. Tgk sini.

-- Apa hal la plak ni kan?

Datuk Misbun Sidek Letak Jawatan Dri BAM - Lee Chong Wei Mahu Ikut

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akan mengikut jejak langkah jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek yang bertindak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kelmarin.

Chong Wei ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam, berkata, tindakannya berbuat demikian kerana dia mahu kekal dilatih oleh Misbun, selain tiada persefahaman antara dirinya dan juga BAM.

"Saya akan ikut jurulatih, kalau dia kekal bersama BAM, maka saya akan ke kekal di BAM, tetapi jika dia keluar saya pun akan ikut jejak langkahnya," katanya yang dibentuk Misbun sejak usianya masih remaja.
Tgk sini.

Monday, January 3, 2011

(Gambar) Mayat Wanita Bogel Ditemui Di Berapit Bukit Mertajam P. Pinang

BUKIT MERTAJAM 2 Jan. - Mayat seorang wanita hampir reput ditemui dalam semak berhampiran dusun durian di Berapit, kira-kira empat kilometer dari jalan besar, di sini hari ini.

Anggota dari JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang datang ke lokasi menemui mayat mangsa, kira-kira 15 meter dari pondok milik Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.

Hasil pemeriksaan menemui mangsa berusia 30-an dan berketurunan Cina itu tertiarap dalam keadaan bogel. Tgk sini.

Enjin Keretapi Senandung Langkawi Terbakar Di Jln Kuching, 600 Penumpang Terkandas Ke Utara

Seramai 600 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) menuju Utara, Senandung Langkawi terkandas kira-kira dua jam selepas bahagian enjin kereta api terbabit terbakar malam tadi..Sabtu..1.1.11.

Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu disedari oleh pemandu kereta api 12 gerabak itu yang dalam perjalanan dari Stesen Kuala Lumpur Sentral ke Haadyai, Thailand apabila menyedari enjin kereta api terbabit berasap setibanya di Jalan Kuching.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.35 malam daripada pemandu berkenaan dan mendapati kebakaran berlaku di bahagian enjin kereta di gerabak hadapan kereta api itu. Tgk sini.

Saturday, January 1, 2011

Maizawati Bekas Isteri Akhil Hayy Kemalangan Di Ipoh, Patah Tangan, Jalani Pembedahan, Kandungan Selamat

Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal yg sedang hamil 5 bulan hasil perkahwinan dgn Mohd Yassin Ben @ Abd. Rahim terlibat dlm kemalangan menyebabkannya patah tangan kiri namun kandungannya terselamat.

Maizawati yg memandu kereta Gen2 berkenaan turut dinaiki bersama suaminya dan juga 3 anak hasil perkahwinan Maizawati yg terdahulu. Tgk sini.