Pages
▼
Tuesday, August 31, 2010
Gambar Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 53 Di Stadium Putra
SEBAHAGIAN orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang ketika lagu-lagu patrotik dimainkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. Sambutan kali ini bertemakan 1Malaysia Menjana Transformasi dan mencatat sejarah kerana buat pertama kalinya disambut di ruang tertutup di stadium itu - Bernama
Monday, August 30, 2010
SM Nasarudin kahwini Marion Rose Caunter Disember Ini
Selepas lima tahun bercinta, pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 30, semalam mengesahkan akan berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan anak tokoh korporat Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin, SM Nasarudin, 27, pada Disember ini.
Marion yang berdarah kacukan Inggeris, Portugis dan Cina bagaimanapun masih berahsia mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka. "Ya, kami akan berkahwin pada Disember ini. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan kami lagi, tunggu masa yang sesuai nanti,".
Pengacara lulusan Universiti Marquette di Milwaukee, Amerika Syarikat itu memberitahu, hubungannya dengan Pengerusi Eksekutif Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza itu sudah mendapat restu keluarga. - kosmo
- Pasangan yg sama cantik sama padan kan.. Phewiittt...

Sunday, August 29, 2010
Chelsea Kekal Teratas, Benam Stoke City 2 - 0
Chelsea!!! Chelsea!! Go go Chelsea!!! Wah2 Chelsea menang lagi beb. Mmg superb lah performance dorg stakat ni. Ok peminat Chelsea, sila layan cer ni ye..hehe..
-> Chelsea terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Perdana England. Beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stamford Bridge semalam, Chelsea mencipta kemenangan bergaya apabila membenam Stoke City 2-0.
Florent Malouda menjaringkan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-32 menerusi rembatan kaki kanan hasil umpanan kapten, John Terry. Didier Drogba meledak gol kedua The Blues menerusi sepakan penalti pada minit ke-77.
Kemenangan itu menyaksikan Chelsea kekal selaku pendahulu liga dengan mengumpul sembilan mata maksimum. Terdahulu, skuad The Blues itu mencipta kemenangan besar apabila membelasah West Bromwich dan Wigan Athletic 6-0. - petikan Kosmo

Saturday, August 28, 2010
Perhatian Org Gomen : Duit Raya RM500 Dibayar 1 September
Kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam pada 1 September ini. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, pembayaran bagi pesara melalui sistem pembayaran melalui bank pula akan dilakukan pada 6 September manakala bagi pesara yang dibayar melalui waran akan diposkan sebelum tarikh tersebut.
Jabatan itu berkata, pegawai yang layak terdiri daripada pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak, guru sandaran dan pegawai yang bercuti separuh gaji.
Rabu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap sumbangan pegawai dalam pembangunan negara. - kosmo

Friday, August 27, 2010
Biar Betul - Ahli Politik Wanita Bukan Islam Dijemput Beri 'Tazkirah' Dlm Surau?
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral sekiranya didapati benar mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, 22 Ogos lalu. Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.
TEO NIE CHING (foto) menyampaikan ‘tazkirah’ di Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Kajang, Ahad lalu sambil diperhatikan oleh salah seorang ahli jawatankuasa surau tersebut.
Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid. “Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.- Baca SINI

Keputusan Bolasepak EPL 27.8.10, Fulham 6 Port Dale 0
Birmingham 3 (McFadden 28-pen, Murphy 48, Derbyshire 53) Rochdale 2 (Jones 26, 76) Accrington Stanley 2 (Putterill 45, Hessey 90) Newcastle 3 (Taylor 36, Ameobi 48, Lovenkrands 57)
Everton 5 (Fellaini 7, Rodwell 14, Beckford 50-pen, Saha 77, Osman 85) Huddersfield 1 (Heitinga 40-gol sendiri)
Fulham 6 (Gera 10, 45, Dembele 26, Zamora 36, 66, Dempsey 70) Port Vale 0. - AFP

Thursday, August 26, 2010
Masuk Penjara : Nasib AC Mizal Diketahui 28 Oktober Ini
Persoalan sama ada pelakon dan pengacara AC Mizal akan dihantar ke penjara atau tidak kerana gagal membayar tunggakan nafkah dua anak hasil perkahwinan pertamanya bernilai RM50,000 akan terjawab pada 28 Oktober depan. Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu selepas pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding komital itu memfailkan hujahan pada Khamis.
"Saya akan meneliti hujahan yang dikemukakan dan saya akan memberi keputusan yang adil," kata Abdul Halim. Prosiding komital dimulakan oleh bekas isteri AC Mizal, Shafnie Zainudin bagi mendapatkan perintah untuk menghantar bekas pengacara Konsert Akademi Fantasia itu ke penjara atas dakwaan mengingkari perintah mahkamah untuk menyelesaikan tunggakan tersebut.
Kes itu masih berjalan memandangkan Shafnie, yang merupakan bekas model menolak tawaran AC Mizal untuk menyelesaikan perkara itu secara baik. Peguam Mohd Ridhwan Husin yang mewakili Shafnie semasa ditemui di luar mahkamah memberitahu, tawaran itu ditolak kerana ia tidak munasabah. - mstar

Rozita Che Wan Tempah 30 Pasang Baju Raya
Menarik tentang Rozita untuk sambutan Syawal pada tahun ini apabila dia telah menyediakan 30 pasang baju Hari Raya yang bertemakan warna lembut. Empat pereka fesyen yang menghasilkan bajunya ialah Rizman Ruzaini, Man Kajang, Calvin Thoo dan Qudyn.
Memandangkan wajahnya akan menghiasai kebanyakan stesen televisyen pada Hari Raya Aidilfitri nanti, aktres jelita Rozita Che Wan, 37, mahu berada di hadapan televisyen di rumah sahaja sebagai memenuhi aktiviti Hari Rayanya. Dalam nada bergurau, dia yang akan pulang beraya di kampung halaman di Alor Setar, Kedah pada Hari Raya pertama nanti, berkata raya tahun ini lebih meriah sebab wajahnya lebih kerap muncul di televisyen termasuk sebuah filem lakonannya yang menjengah pawagam pada Hari Raya pertama berjudul 4 Madu.
Berbanding tahun lalu, penonton dapat menyaksikan pelakon popular menerusi drama bersiri Kiah Pekasam itu di Astro Warna dan Astro Ria pada Hari Raya nanti. Selain itu, dia turut muncul di saluran RTM dan TV3. Antara telefilem dan program Hari Raya yang dibintangi oleh Rozita adalah Sorok Madu pada malam Hari Raya di TV3, Aduhai Makmur (Hari Raya Pertama, 9 malam, TV3), Tu Dia Kiah Nak Raya (Hari Raya Kedua, 9 malam, Astro Warna), Lawaknya Fantasia Raya, Hari Raya Ketiga, 9 malam, Astro Ria), Goyang Shafiq (Rabu & Khamis, TV3) dan Masihkah Ada Sinar (RTM). - mstar

Wednesday, August 25, 2010
Keluarga Mula Desak Fizz Fairuz Kahwin
Pelakon Nur Kasih, Fizz Fairus yang menyulam cinta bersama kekasihnya aktres Almy Nadia mengakui keluarga mereka sudah bertanya tentang hubungan yang mereka jalinkan. Menurutnya faktor utama dia masih belum bersedia untuk menjalinkan ikatan yang sah adalah kerana komitmen. "Kedua-dua keluarga memang seringkali bertanyakan hal itu. Mereka juga risau keadaan kami. Tapi secara jujur saya belum bersedia untuk memberi komitmen apabila berkahwin nanti.
"Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum kita melangkah ke alam itu. Sebagai pelakon saya mahu capai dulu matlamat dan kepuasan dalam lakonan saya. "Saya rasa setakat ini mereka faham dengan keadaan saya, begitu juga Almy," jelasnya. Ujar Fizz, dia mahu keluarga yang bakal dibina nanti mempunyai segala kesenangan dan keselesaan. "Saya sedang berusaha untuk mencari rezeki, saya mahu apabila kahwin nanti keluarga saya hidup selesa. "Bukan saya tidak percaya kepada rezeki selepas berkahwin, tetapi saya mahu rezeki tersebut nampak depan mata," katanya.
Tambah Fizz lagi, dia tidak meletakkan sasaran untuk berkahwin tetapi dia menjangkakan akan menamatkan zaman bujang dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi. "Saya susah nak berjanji, tetapi saya sasarkan mungkin dalam dua atau tiga tahun lagi. Saya perlu betul-betul stabil dari segi kewangan," jelasnya yang baru selesai penggambaran NurKasih The Movie.
Bercerita tentang Ramadan, Fizz mengakui dia masih belum berkesempatan untuk berpuasa bersama keluarganya di kampung."Saya lama tak balik kampung. Rasa bersalah dengan emak sebab tak dapat lagi balik berpuasa dengannya. Insyaallah raya nanti baru berkesempatan balik,". - mstar

Tuesday, August 24, 2010
Anne Ngasri Tak Janggal Berpuasa Tanpa Wafi
Tiada bezanya 1 Ramadan yang bakal disambut umat Islam dalam tempoh beberapa hari lagi buat pelakon, Anne Ngasri. Anne kini kembali solo dan dia bukan lagi isteri kepada Abdul Wafi Hassan, 29, lelaki yang menjadi teman hidup sejak empat tahun lalu. Pengakhiran satu episod duka yang memaksa wanita muda ini menukar corak kehidupan secara total. Anne perlu bersikap lebih matang dan mengetepikan ego sendiri demi kepentingan darah daging.
Ibu tunggal ini dilihat tabah dan aktif melayan dua anaknya iaitu Abdul Warits, 4, dan Abdul Wafri, 2, selain kandungan yang hidup di rahimnya sudah mencecah usia tujuh bulan. Malah Anne akui dia sudah biasa dengan ketiadaan Wafi kerana ketiadaan bekas suaminya pada tahun lalu kerana hanya pulang semasa Hari Raya pertama di mana Wafi menunaikan ibadah umrah di Tanah suci Mekah.
“Semasa tahun lepas pun dia tidak bersama saya, jadi saya tidak lagi berasa kekok atau janggal untuk menyambut puasa dan hari raya tanpa dia,” kata Anne yang berusia 26 tahun ini. Tambah Anne lagi, tipu jika dia menyatakan tidak berasa sunyi namun dia harus tabah menghadapi kesemuanya demi anak-anak. Anne yang sedang sarat mengandungkan anak ketiganya berkata, dia menjalani ibadah puasa seperti biasa dan hanya menyambutnya secara sederhana. "Insya Allah, saya berdoa agar tidak ditimpa masalah untuk berpuasa dalam keadaan mengandung sebegini. Pandai-pandailah saya mengawal diri. Kalau rasa tak boleh tahan sangat, saya akan buka puasa lebih awal.
"Lagi pun, ini bukan pengalaman pertama kerana saya pernah mengandungkan Warits dan Wafri pada bulan puasa. Perkara yang berlaku secara kebetulan tanpa rancangan,” katanya yang kadang-kala berbuka di rumah keluarganya di Jalan Ipoh. Malah pelakon filem Dunia Baru The Movie ini menyatakan dia lebih gemar memakan masakan yang masih panas ketika berbuka dan bukan dibeli di bazar-bazar Ramadan. - baca SINI

Dua Gol Tevez Bantu Benam Liverpool 3 - 0
MANCHESTER: Carlos Tevez menjaringkan dua gol bagi membantu kemenangan selesa Manchester City ke atas Liverpool 3-0 di Eastlands, awal pagi tadi. James Milner yang berganding bersama bekas rakan sepasukannya di Aston Villa, Gareth Barry membantu memberi gol pembukaan untuk City seawal minit ke-13.
Bintang Argentina dan Manchester City, Carlos Tevez (tengah) meraikan jaringan keduanya dengan menewaskan penjaga gol Liverpool, Jose Reina pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium The City of Manchester, awal pagi tadi. Keputusan City tewaskan Liverpool 3-0. - Foto AFP
Ia disusuli dengan penyerang Argentina itu cemerlang menyambut tandukan Micah Richards untuk menyepak masuk gol kedua City pada separuh masa kedua. Liverpool yang beraksi tanpa Javier Mascherano yang dikaitkan dengan perpindahannya ke Barcelona — menyaksikan sepakan kencang kaptennya, Steven Gerrard terkena palang.
Penjaga gol City, Joe Hart pula menyelamatkan sekurang-kurangnya dua percubaan bahaya daripada David Ngog dan Fernando Torres. Tevez kemudian menyempurnakan sepakan penalti selepas Adam Johnson dikasari Martin Skrtel untuk gol ketiga tuan rumah. - AFP

Azrinaz Dapat Injunksi Mahkamah Henti Pengedaran Buku Pembunuhan Michael McGurk
Bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim, dilaporkan berjaya mendapat injunksi mahkamah untuk menghentikan pengedaran buku paling laris mengenai pembunuhan seorang pemaju Sydney, Michael McGurk yang juga pemeras ugut dan penipu.
Azrinaz yang tinggal di London menggunakan prosiding perundangan terhadap buku tulisan Ritchie Vereker, The Fast Life and Sudden Death of Michael McGurk, yang dijual sejak enam minggu lalu. Buku itu antara lain menceritakan mengenai senaskhah al-Quran mini yang cuba dijual McGurk kepada Sultan Brunei pada harga AS$8 juta (RM25.6 juta) sebagai hadiah perkahwinan kepada isteri ketiganya.

Monday, August 23, 2010
Keputusan Bolasepak EPL 23.8.10 - Man Utd vs Fulham, Newcastle vs Aston Villa
Fulham 2 (Davies 57, Hangeland 89) - Man Utd 2 (Scholes 11, Hangeland 84-gs)
Brede Hangeland menebus jaringan gol sendiri dengan menanduk masuk gol penyamaan ketika Fulham bangkit dua kali untuk mengikat Manchester United 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. Hangeland bangkit selepas menolak sepakan sudut Ryan Giggs ke gawang sendiri padaminit ke-84 untuk menanduk masuk melepasi Edwin Van der Sar enam minit kemudian.
Selepas gol sendiri itu, Manchester United dianugerahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Damien Duff tetapi Nani gagal menyempurnakannya. Paul Scholes meletakkan United di depan pada separuh masa pertama menerusi gol ke-150 bersama kelabnya itu tetapi Simon Davies menyamakan kedudukan selepas rehat.
Newcastle 6 (Barton 12, Nolan 31, 87, Carroll 34, 67, 90) - Aston Villa 0. - bharian

Sunday, August 22, 2010
Gambar Kekasih Baru Nora Danish?
Pelakon kecil molek itu heboh dikatakan sedang mengulit cinta dengan seorang jejaka tampan, anak Datuk yang berasal dari Kelantan. - kosmo
Keputusan Bolasepak EPL Chelsea 6 - Wigan 0
Dua gol masing-masing oleh Nicolas Anelka dan Salomon Kalou membantu Chelsea meneruskan permulaan cemerlang bagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan membenam Wigan 6-0 di Stadium DW awal pagi tadi.
Florent Malouda dan Yossi Benayoun turut menemui gawang ketika pasukan Carlo Ancelotti meneruskan kecemerlangan menewaskan West Brom dengan keputusan sama pada permulaan musim minggu lalu. Anelka menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit pada separuh masa kedua untuk meruntuhkan terus pertahanan lawan.
Terdahulu, Florent Malouda meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-34 sebelum jaringan Anelka. Pemain gantian, Kalou kemudian menambah dua lagi gol sebelum Benayoun melengkapkan kemenangan Chelsea pada minit terakhir. - AFP

Keputusan Perlawanan Bolasepak Liga Perdana Inggeris EPL 22.8.10
Arsenal 6, Blackpool 0
Birmingham 2, Blackburn 1
Everton 1, Wolverhampton 1
Stoke 1, Tottenham 2
West Bromwich Albion 1, Sunderland 0
West Ham 1, Bolton 3
Wigan 0 Chelsea 6
Birmingham 2, Blackburn 1
Everton 1, Wolverhampton 1
Stoke 1, Tottenham 2
West Bromwich Albion 1, Sunderland 0
West Ham 1, Bolton 3
Wigan 0 Chelsea 6
Saturday, August 21, 2010
Akma AF3 Berpisah Cara Baik
Bintang kelahiran Akademi Fantasia 3, Akma, 25, mengesahkan sudah berpisah dengan kekasihnya seperti yang disebarkan dalam beberapa portal hiburan. Menurutnya, lelaki berkenaan bukan lagi kekasihnya kerana mereka telah berpisah selepas bercinta beberapa bulan pada tahun ini. Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lelaki itu kerana ia telah berlalu. Lagipun, dia bimbang sekiranya kenyataan yang akan keluar selepas ini bakal mengguris hati lelaki tersebut.
“Buat masa sekarang, saya solo dan belum berpunya. Nak buat bagaimana, jodoh kami tidak panjang. “Orang kata, cinta ada pasang surutnya tetapi saya terima apa jua keadaan kerana ia bukan jodoh saya. Kami sama-sama membuat keputusan untuk memutuskan hubungan ini,” ujarnya kepada mStar Online. Biarpun berasa sedih sepertimana pengalaman yang dilalui oleh orang lain, Akma tetap menjalani aktiviti harian dan kerjanya seperti biasa.
“Saya mengambil langkah untuk tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu. Yang penting saya senang nak buat kerja dan tumpukan kepada kerjaya. "Lagi pun semasa bercinta dengannya, kami jarang berjumpa dan berhubung secara jarak jauh,” katanya lagi. Sengaja diduga sama ada dia akan berhenti sementara daripada memikirkan tentang lelaki dan cinta selepas ini, pelakon filem Hooperz itu hanya berserah. - mstar
Friday, August 20, 2010
Johnson & Johnson Sukarela Panggil Balik Kanta Lekap "1 Day Acuvue TruEye Brand" Terpilih
Johnson & Johnson Vision Care, satu cabang Johnson & Johnson Sdn Bhd, pada Jumaat mengumumkan ia secara sukarela memanggil balik sebilangan kanta lekap 1 DAY ACUVUE TruEye Brand daripada lot-lot terpilih, yang dibuat di Ireland dan diedarkan dalam pasaran tempatan. Ia berkata syarikat itu menerima aduan daripada pelanggan di luar Malaysia berkenaan lot-lot terbabit kanta lekap narafilcon A.
"Terdapat aduan tentang kepedihan luar biasa atau kesakitan selepas pemakaian kanta lekap itu dan beberapa aduan pula berkenaan kemerahan pada mata. "Tiada kemungkinan kesan kesihatan jangka panjang akibat situasi ini," katanya dalam satu kenyataan. Johnson & Johnson berkata Kementerian Kesihatan telah dimaklumkan tentang tindakan ini. Ia menekankan bahawa setelah disiasat, tiada lot lain produk ini dan tidak ada produk kanta lekap ACUVUE Brand lain terlibat dalam isu pengilangan ini.
"Kami juga telah menghentikan penghantaran lot terbabit dan, mengikut penilaian kualiti yang menyeluruh, kami telah melaksanakan langkah pembetulan untuk memastikan produk itu menepati standard syarikat," kata syarikat itu. Johnson & Johnson menasihatkan pelanggan untuk memeriksa nombor lot pada kotak produk dan melihat sama ada ia adalah daripada nombor lot yang terlibat. "Jika ada, hentikan penggunaan serta merta dan hubungi syarikat untuk urusan penghantaran balik produk terbabit supaya kami boleh membuat penggantian," katanya. Untuk maklumat tambahan, telefon +603-7955-7269 atau e-mel syarikat itu di inquiry@rantaupr.com.my. - BERNAMA

Gambar Raja Azmi Diiringi Polis Di Kompleks Mahkamah Jln Duta
PENERBIT filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman (tengah) diringi anggota polis ketika hadir di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini. Beliau yang ditangkap berhubung satu waran tangkap kes sivil semalam, dibebaskan Mahkamah Tinggi hari ini dengan jaminan RM8,000 serta seorang penjamin. -bharian
Doa Khutbah Jumaat Utk Guan Eng Gantikan Nama Yang Di-Pertuan Agong
Kepala Batas – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.
Beliau berkata, tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja. “Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini semalam. Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam. “Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya. - kosmo

Thursday, August 19, 2010
Lembu Jantan Mengamuk, Tanduk Penonton 30 Cedera
Seekor lembu jantan melompat keluar dari gelanggang ke tempat duduk penonton di arena Tafalla berhampiran Pamplona, Sepanyol, semalam. Seramai 30 penonton cedera apabila lembu itu mengejar dan menanduk mereka. - Foto AFP
Raja Azmi Dikatakan Penyebab Perceraian Roslin Hashim
Roslin Hashim,35, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur di sini, Rabu, bahawa dia telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman,38, setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya. Menurutnya, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman ketika mereka menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.
Sebutan pertama pengesahan cerai yang difailkan Norhayati selaku plaintif terhadap suaminya didengar di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad didengar petang Rabu. Roslin hadir ke mahkamah pada kira-kira pukul 2.38 petang dengan ditemani seorang saudara. Manakala Norhayati yang berbaju kurung bertudung kelabu pula hadir lebih awal iaitu kira-kira pukul 2 petang.
Roslin diwakili peguam Roslizam Rahim manakala Norhayati yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) diwakili Zulqarnain Lukman. Ketika ditanya Hakim Syarie, Wan Mahyuddin kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi. Katanya, dia mengetahui suaminya telah mendaftar masuk ke hotel di bilik 533 yang didaftar di bawah nama produser itu. "Kami sekeluarga termasuk ibu, dua adik saya telah ke tingkat lima. Di sini, kami tunggu Jalani Sidek (suami Raja Azmi) untuk membawa kami ke Bilik 533 tetapi dia cuba melengah-lengahkan perjalanan untuk ke bilik tersebut," katanya.
Norhayati mendakwa Jalani telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik berkenaan kerana dia bimbang pegawai jabatan agama akan menangkap dia dan Raja Azmi yang berada di dalam bilik berkenaan. Setibanya di bilik tersebut, menurutnya, Roslin bagaimanapun sudah keluar dan hanya tinggal Raja Azmi seorang diri. Sehubungan itu, Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.
Katanya akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak "I cerai you-lah." Sementara itu Roslin ketika memberi keterangan sewaktu disoal oleh peguamnya, Roslizam memberitahu mengaku melafazkan cerai berkenaan. Kata Roslin tiada siapa yang memaksanya untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati. Bagaimanapun Roslin amat marah kerana Norhayati cuba mengaibkannya dengan menghubungi pejabat agama dan juga wartawan untuk menangkap dia dan Raja Azmi.
Ketika ditanya oleh Roslizam apakah hubungannya dengan produser filem itu, ujar Roslin, dia telah mengenali Raja Azmi sejak 12 tahun lalu dan menganggapnya seperti kakak dan ibu. Katanya ketika Norhayati tiba di hotel itu dia berada di luar dan kembali semula 20 minit kemudian. Pada ketika itulah berlakunya perdebatan sehingga menyebabkan dia melafazkan cerai. "Kalau dia betul syak saya ada hubungan dengan Raja Azmi, kenapa tidak berterus terang dengan saya. Apa sebenarnya dia mahu?" soalnya. Katanya, dia tiada niat untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati sebaliknya sekadar menyebut perkataan itu tanpa ada bilangan talak.
Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan. Bagaimanapun sebelum ini Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri. - mstar

Kes Cerai Roslin Hashim: Isteri Dakwa Cerai Berlaku Di Hotel 7 Ogos
Isteri kepada jaguh badminton negara, Roslin Hashim, mendakwa cerai berlaku selepas dia mendapati suaminya bersama Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah hotel di Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu. Norhayati Othman, berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini.
Permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan oleh Norhayati pada 16 Ogos lalu. Dalam prosiding bicara itu, Norhayati mendakwa pada 7 Ogos lalu di bilik 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, Ruslin melafazkan talak berbunyi 'I cerai you lah'. Turut berada di dalam bilik ialah dua adiknya, Ruslin, Raja Azmi dan suaminya Jailani Sidek. Menurut Norhayati, berlaku perdebatan antara mereka di dalam bilik itu sehingga membawa kepada kejadian melafazkan talak pada jam 8.30 malam. Norhayati berkata, dia bersama dua adik, ibunya bertemu dengan Jailani di hotel itu.
Sementara itu, Ruslin dalam keterangan mendakwa dia pergi ke hotel itu bersama Raja Azmi dan dengan pengetahuan Jailani sendiri. Bagaimana Roslin tidak menafikan bahwa pada hari yang sama sejak awal jam 3 petang dia bersama Raja Azmi makan durian dan menunggang kuda di Kemensah. Roslin mendakwa dia menganggap Raja Azmi sebagai kakak dan ibu kerana hubungan rapat mereka yang terjalin sejak 12 tahun lalu begitu juga dengan Jailani. - hmetro

Wednesday, August 18, 2010
TEKNIK MENYIMPAN SUSU IBU
Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang berlangsung 1 hingga 7 Ogos lalu menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak untuk meningkatkan kesedaran tentang kebaikan susu ibu. Satu perkara menarik tentang topik ini adalah berkaitan kaedah menyimpan perahan susu ibu.
Sekiranya memerah susu di tempat kerja, sebaik-baiknya simpan perahan susu ibu di dalam peti sejuk. Jika di tempat anda bekerja tidak ada peti sejuk, bolehlah disimpan dengan menggunakan cara ini: Guna kotak 'piknik' yang boleh memuatkan bahan penyejuk (cooling element) dan sekurang-kurangnya dua botol susu. Ini adalah antara kaedah terbaik demi memastikan perahan susu ibu sentiasa sejuk sebelum tiba di rumah.
Gunakan termos air panas yang diubahsuai supaya ia sejuk. Mula dengan memasukkan ketulan-ketulan ais ke dalamnya beberapa hari sebelum anda mula bekerja. Isikan juga ketulan ais sebelum dibawa ke tempat bekerja. Buangkan semua ketulan ais sebelum isi perahan susu ibu. Cara ini lebih mudah daripada berulang-alik ke rumah untuk menyusukan bayi.
Ibu perlu memerah susu 1 - 2 kali di tempat kerja untuk di bawa balik. Perahan susu ibu boleh disimpan di dalam peti sejuk sebaik tiba di rumah untuk keperluan esok hari. Jika menggunakan termos yang berisi ketulan ais, pastikan bila anda memerah kali kedua/ketiga, perahan susu ibu mesti disejukkan terlebih dulu sebelum dicampur dengna perhan susu ibu sebelumnya.
Bekas sesuai untuk menyimpan perahan susu ibu. Bekas atau botol plastik yang boleh tahan beku dan panas.
Botol susu berukuran 120 ml. Perahan susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk dua pintu sebaik-baiknya dihabiskan dalam masa dua minggu. Letakkan bekas-bekas yang berisi PSI ke tempat penyejuk (chiller) rak pertama - bukan di rak di tepi pintu. (Tahan 24 jam) - utusan

Thursday, August 5, 2010
Bekas Isteri Akhil Hayy Nikah Chef 9 Ogos
Selepas 2 kali terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan, akhirnya bekas isteri kepada penyanyi nasyid Akhil Hayy, Maizawati Zainal,35, mengesahkan untuk bernikah dengan pasangannya, Mohd Yassin Rahim,23, pada 9 Ogos ini di Ipoh, Perak. Majlis tersebut dijangka berlangsung selepas Zohor di salah sebuah masjid di Ulu Kinta, dalam suasana penuh sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media.
Wanita yang mesra dengan panggilan Maiza ini berkata dia dan pasangannya yang juga seorang Chef, menetapkan tarikh perkahwinan itu pada minggu lalu dan mahu melaksanakan yang wajib terlebih dahulu. “Kadangkala apa yang kita rancang tu tak selalu menjadi. Tapi kali ini, kami tidak mahu merancang sangat dan berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan. “Sebelum ini, kami banyak kerja dan komitmen lain sehingga beberapa kali terpaksa menangguhkan perkahwinan. Tetapi kali ini kami betul-betul nekad sebab selepas ini kami berdua akan bekerjasama untuk membuka perniagaan di Kuala Lumpur.
“Insya-Allah, pada bulan puasa ini, kami akan membuat bisnes produk Madu Herba Maiza dan menjadi ejen busana muslimah yang menjual baju kebaya, kebarung, jubah dan tudung,” kata duta Avon Intimate itu kepada mStar Online. Maiza berkata, dia tidak menetapkan wang hantaran sebaliknya menerima mas kahwin sebanyak RM101 berserta lima dulang hantaran termasuk senaskhah al-Quran. Sementara pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran daripadanya. “Selepas bernikah, kami akan membuat sedikit kenduri doa selamat di rumah saya. Setakat ini, kami belum merancang apa-apa majlis resepsi tetapi kalau ada rezeki Insya-Allah kami akan buat. Begitu juga sebelah pihak lelaki, kalau ada rezeki kami akan buat majlis pada tahun depan di Sabah,” ujarnya lagi.
Bakal suami Maiza berasal dari Likas, Sabah dan pernah bekerja sebagai Chef di Singapura. Atas kepakaran itu, pasangan yang berbeza usia 12 tahun itu juga merancang untuk membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur. Menariknya, Mohd Yassin bercadang untuk memasak menu lauk pengantin untuk upacara makan beradap. Sementara lauk-pauk untuk tetamu akan dimasak secara gotong-royong oleh keluarga dan jiran tetangga Maiza. Maiza pernah berkahwin sebanyak dua kali termasuk dengan penyanyi dan penceramah Akhil Hayy. Mereka bercerai pada 15 Julai 2009 dan mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan itu. Maiza juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya. - mstar

Wednesday, August 4, 2010
Siti Rohana Tiada Hubungan Istimewa Dengan Abdul Aziz: Ibu
"Arwah anak saya bukan isteri kedua Allahyarham Datuk Abdul Aziz Mohd Noh tetapi hanya sebagai seorang kerani dan tiada apa-apa hubungan istimewa antara kedua-dua mereka." Demikian penjelasan Siti Badariah Ahmad, 62, ibu kepada Siti Rohana Ismat, 43, yang ditemui mati bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Permatang itu semalam. Beliau berkata, Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang mengenali Abdul Aziz, 64, sejak beliau menjadi wakil rakyat di kawasan Permatang.
"Dahulu pun orang ingat dan cakap anak saya ada hubungan istimewa dengan Datuk Aziz tetapi hubungan mereka sebenarnya tidak lebih daripada majikan dengan pekerja sahaja. "Sebagai seorang kerani, dia mestilah selalu mengikut bosnya untuk menjalankan tugas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang dekat sini. Abdul Aziz dan Siti Rohana ditemui mati dengan kesan tembakan pada kepala masing-masing dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini pada 11 pagi semalam.
Siti Badariah berkata, tiada sebab bagi arwah anaknya menjadi isteri kedua kepada Abdul Aziz kerana Siti Rohana sudah memiliki segala-galanya termasuk rumah, kereta dan perniagaan sendiri. Katanya, sejak bercerai dengan Abdul Aziz Hamim, 43, lima tahun lalu, anaknya yang aktif berpolitik terpaksa bekerja keras demi mencari rezeki untuk mereka empat beranak. "Allahyarham seorang anak dan ibu yang baik serta bertanggungjawab kepada anak-anaknya kerana sanggup bekerja siang malam untuk menyara keluarga," katanya.
Ayah Siti Rohana, Ismat Shafie, 74, berkata arwah anaknya tidak mempunyai sebarang musuh dalam politik mahupun urusan peribadinya. "Saya juga tidak pernah ambil tahu mengenai urusan peribadi Rohana termasuk hal ehwal politik dan perniagaan butik andaman dan solekan yang diceburinya," kata bekas petani itu. Beliau juga berkata ketiga-tiga anak Siti Rohana, Izati Natasha, 19, Iliani Nazira, 14 dan Mohd Izat Emir, 9, masih dalam keadaan trauma berikutan kematian ibu mereka. - bharian

Isu Rumah Tangga, Raja Azura Cuti Mengejut
Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau nama penuhnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin,38, tidak hadir bertugas pagi Rabu selepas berita keretakan rumah tangganya disiarkan di kebanyakan akhbar. Sumber stesen radio Sinar FM yang dihubungi memberitahu Raja Azura (gambar) sepatutnya tidak boleh “bercuti” kerana pada ketika ini seluruh stesen radio sedang melalui tempoh kaji selidik untuk mengetahui jumlah pendengar.
“Dia diberi cuti khas untuk menyelesaikan masalah peribadi,” kata sumber berkenaan tanpa memberitahu sampai bilakah pengacara itu akan bercuti. Berikutan itu hanya Khairil dan Salih Yaccob sahaja bertugas mengendalikan segmen Sinar Pagi. Berita keretakan rumah tangga pengacara itu yang dibina bersama suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, telah lama kedengaran tetapi ia dinafikan oleh Raja Azura. Sebaliknya pelakon itu mendakwa rumah tangganya bahagia dan desas-desus yang diperkatakan itu hanyalah sekadar khabar angin.
Difahamkan Raja Azura telah menghantar permohonan berkaitan rumah tangganya di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selasa tetapi tidak diketahui apakah status permohonan tersebut. Pihak mahkamah juga enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu. Sementara itu seorang peguam yang dipercayai terlibat mengendalikan kes membabitkan Raja Azura tidak mengaku mewakili artis berkenaan. Sebaliknya peguam tersebut terkejut bagaimana wartawan mengetahui berita tersebut.
“Kalau macam itu carilah (maklumat) dengan pihak mahkamah. Maaf saya ada pelanggan,” katanya. Raja Azura berkahwin dengan anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq,8, Megat Luqman Hakim,7 dan Puteri Mkia Maizurah,4. - mstar

Datuk Abd Aziz Mohd Nor Bekas Adun Permatang dan Siti Rohana Mati Ditembak
MAYAT bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abd Aziz Mohd Nor, 63, diusung anggota polis selepas ditemui ditembak mati bersama pembantu peribadinya dalam kereta yang dinaiki mereka di Kilometer 476, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh pagi tadi. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa. - Foto Berita Harian
- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abd Aziz Mohd Noh, 63, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana, 43, ditemui mati ditembak di KM476, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh pagi tadi. Abdul Aziz dan Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita Umno Tanjong Karang, dipercayai dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke utara ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dengan menaiki kereta jenis Toyota Caldina warna putih.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mengesahkan siasatan awal mendapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa dan tembakan itu dipercayai dilepaskan dari dalam kenderaan itu. Turut ditemui pistol milik Abdul Aziz serta permit senjata api berkenaan di dalam kenderaan berkenaan. Hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mati akibat kecederaan di kepala iaitu dua kesan tembak di kepala Abdul Aziz manakala satu kesan tembakan pada kepala Siti Rohana.- bharian

Tuesday, August 3, 2010
Mayat Kaki, Tangan, Mulut Terikat Ditemui
Seorang pembantu am rendah (PAR) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua, ditemui mati dengan keadaan tangan, kaki dan mulut diikat serta sudah berbau, dipercayai disamun di rumahnya di Jalan Sungai Dua, di sini, semalam. Dalam kejadian pada jam 10.45 pagi itu, mayat mangsa Nooriza Baharin (kanan), 48, ditemui rakannya Norzaini Maarof, 42, yang datang ke rumah itu mencari mangsa yang menghidap penyakit sawan selepas gagal dihubungi.
Katanya, sebaik tiba di rumah itu bersama dua kakitangan SK Sungai Dua, dia terbau sesuatu yang busuk di sebalik pintu dan terkejut melihat mayat mangsa sudah berbau dan dihurung lalat. “Kali terakhir saya menemui mangsa di sekolah pada Jumaat lalu dan arwah turut menunjukkan perubahan apabila menukar penampilan yang sentiasa memakai songkok sejak 1980-an dengan memakai topi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masrof, berkata mangsa yang masih bujang ditemui mati dengan tangan dan kaki diikat menggunakan tali manakala mulutnya diikat menggunakan kain. Katanya, pemeriksaan awal polis mendapati bahagian atas kening dan belakang kepala mangsa cedera dipercayai berpunca daripada objek tumpul. “Rumah mangsa mempunyai kesan digeledah manakala telefon bimbitnya didapati hilang. Polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya. - bharian
-- Innalillah... Takziah utk keluarga arwah.. Betapa kejamnya dunia skang ni..

Monday, August 2, 2010
Gambar Fasha Sandha Di Langkawi
Gambar Fasha Sandha di Langkawi...
Klik utk: -- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Saat2 Indah Fasha Sandha Bersama Jejai
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- Gambar Fasha Sandha Di Harijadi Jejai
-- Fizz Fairuz Bagi Amaran Kat Fasha Sandha

Sunday, August 1, 2010
Awal Akui Scha Istimewa Di Hati
Hubungan cinta antara Awal Ashaari dengan Scha Al-Yahya bukan rahsia lagi di kalangan peminat serta rakan-rakan rapat mereka. Malah mereka juga secara terang-terangan saling membalas mesej berunsur romantik di laman sosial Twitter. Walaupun pada mulanya masing-masing hanya mengungkap sekadar teman tapi mesra, ataupun sedang mengenali hati budi, namun gambar mesra mereka bercuti di Bali Indonesia baru-baru ini merungkai segalanya.
Awal yang ditemui baru-baru ini mengakui bahawa hubungannya dengan pemenang Dewi Remaja 2006/2007 itu, bukanlah sekadar ‘cinta monyet’ atau hubungan biasa. “Sebelum ini, saya tidak pernah menafikan ada hubungan dengan Scha. Malah saya pernah menyatakan sedang mengenali seseorang. “Cuma keadaan tidak mengizinkan saya untuk mengakui secara terang-terangan. Sedangkan ketika itu saya sudah menjalinkan hubungan dengan Scha.
“Apatah lagi Scha sedang melalui situasi sukar di dalam hidupnya dan saya tidak mahu menambah kekeruhan yang sedang berlaku. “Saya juga tidak mahu Scha menerima saya dalam keadaan tertekan atau pun menjalinkan hubungan ‘ala kadar’. Pastinya saya mahukan perhubungan yang benar-benar ikhlas dan perasaan sayang itu juga lahir dari hati,” jelas Awal yang ditemui di Red Box Sogo, baru-baru ini. Awal juga mengakui Scha memenuhi kriteria wanita idamannya dan apa yang penting mereka juga serasi dalam banyak perkara. Malah berharap agar perhubungan mereka akan disatukan dengan ikatan perkahwinan.
“Sikap Scha yang pandai berdikari serta tidak terlalu manja membuatkan saya begitu selesa berada di sisinya. Apa yang paling penting dia memenuhi segala ciri-ciri wanita idaman saya. “Kami pernah merancang ke arah itu (perkahwinan), tetapi kami tidak mahu tergopoh-gapah, apatah lagi hubungan yang di bina masih belum mencecah setahun. “Banyak perkara yang perlu kami fikirkan, namun apabila masanya telah tiba, saya pasti akan mengumumkan kepada semua,” katanya yang mengakui telah mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak. - sinarharian