Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita
solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami. Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu
keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu
wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila
kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu
menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)
Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian
bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang
terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya. Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya
pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya. Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar
kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya.
Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan
harta suaminya.