ad ld

Pages

Monday, July 2, 2012

Sepanyol vs Itali Euro 2012 Final 4-0, Silva, Alba, Torres, Mata

Sepanyol pamer aksi hebat dahului Itali pada minit 14 hasil jaringan David Silva. Kawalan bola kemas dan hantaran cantik dikuasai Sepanyol berbanding Itali pada 1st half. Jordi Alba menambah gol utk Sepanyol pada minit ke 41 menjadikan agregat 2-0.

Mario Balotelli dikawal ketat membataskan pergerakannya sbg penyerang utama Itali. Pun begitu beberapa percubaan Itali dpt diselamatkan penjaga gol Sepanyol Iker Casillas.

Fernando Torres menjaringkan gol ke 3 Sepanyol pada minit ke 84. Juan Mata pula melengkapkan gemilang Sepanyol dgn gol ke 4 minit 88. Sepanyol berjaya mempertahankan kejuaraan Euro 2008 dan gah selaku juara Piala Dunia.

-- Amri Tumbuk Kelangkang Ghaddar (Video), Kelantan 1-0 Selangor Liga Super 2012
-- Bapa Lee Chong Wei Cuba Terjun Jambatan Pulau Pinang

Saturday, June 30, 2012

Pernikahan Irma Hasmie Dan Reza Syah Dato Mohd Redzuan

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat.


Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad.