ad ld

Pages

Thursday, January 2, 2014

Bekas Sultanah Johor Fail Permohonan Ketepi Cerai Bekas Sultan (Gambar)

Bekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad pada Rabu memfailkan permohonan ke Mahkamah Syariah di sini bagi mengenapikan perintah sebelum ini bahawa bekas suaminya Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail telah menceraikannya.

http://cintapertamakami.blogspot.com/

Menerusi afidavid permohonannya itu, Tuanku Zanariah berkata keputusan mahkamah bahawa beliau diceraikan pada 23 Januari 2009 adalah tidak sah. Tuanku Zanariah selaku pemohon memfailkan afidavidnya melalui firma guaman, Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi di sini. Beliau diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Wednesday, January 1, 2014

Guan Eng Guna Mercedes-Benz S300L Baru Sebagai Kenderaan Rasmi (Gambar)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L bagi kegunaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Jait berkata, Ketua Menteri diberikan dua kereta iaitu Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300, tetapi Lim hanya menggunakan satu kenderaan.


Ketua Menteri itu mula menggunakan Mercedes-Benz, yang dibeli pada harga RM298,263.75 pada Isnin. Harga sebenar bagi Mercedes-Benz S300L itu adalah RM657,218. “Kereta Mercedes-Benz S300L itu dikecualikan daripada cukai dan telah diberikan diskaun istimewa sebanyak RM100,000," kata Mokhtar.