ad ld

Pages

Monday, April 28, 2014

5 Pelajar UIAM Parah Bas Terbabas Di Km 25.2 Lebuh Raya PLUS (Gambar)

Lima pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera parah, selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 pagi Ahad.


Menurut sumber, bas yang membawa 31 orang termasuk pemandu itu dalam perjalanan menuju ke Bukit Cherakah, Shah Alam. "Menurut saksi, bas berkenaan hilang kawalan lalu terbabas di bahagian kiri lebuh raya dan melanggar penghadang pembinaan sebelum terbabas ke tapak pembesaran jalan. "Seramai lima pelajar UIAM parah terdiri daripada empat pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan," katanya.

Sumber itu berkata, operasi menyelamat melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Hartamas dan Jalan Hang Tuah pada pukul 9.40 pagi. Menurut sumber lagi, pemandu bas yang membawa 30 pelajar UIAM itu ada mengadu kurang sihat sebelum memulakan perjalanan.

Mengenai mangsa yang cedera parah, katanya, seorang pelajar lelaki dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur manakala empat lagi serta mereka yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sungai Buloh. "Pemandu bas dibawa ke klinik di UIAM untuk diberikan rawatan," kata sumber. mstar

--  Pesawat Firefly Ke Kota Baru Berpatah Balik Ke Pulau Pinang Selepas 15Minit Terbang
--  Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
--  Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Sunday, April 27, 2014

Zam Juara Skool Of Lawak Raih RM100 Ribu (Gambar)

Zam diumumkan sebagai juara program Skool of Lawak musim pertama yang berlangsung di Megastar Arena malam Jumaat. Kemenangan itu membuatkan Zam atau nama sebenarnya Muhammad Rizam Zaaffar, 26, membawa pulang wang sejumlah RM100,000 berserta trofi.


Tempat kedua pula dimenangi oleh Fiza (Filzah Azmi), 25, dengan membawa pulang sebuah trofi berserta wang tunai RM50,000. Manakala tempat ketiga jatuh kepada One atau Mohd Hazwan Mohd Azani, 27, menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi.