Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.
Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.
Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik. “Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.
Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah. Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka. kosmo
-- Video Akad Nikah Yusry Dan Lisa, Sekali Lafaz Je
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
-- Ashraf Muslim Nikah Dua Dengan Wan Sakinah Di Thailand
No comments:
Post a Comment