ad ld

Pages

Showing posts with label anak raja azura Megat Muhammad Raziq Megat Luqman Hakim Puteri Mia Maizurah. Show all posts
Showing posts with label anak raja azura Megat Muhammad Raziq Megat Luqman Hakim Puteri Mia Maizurah. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Raja Azura, Adzmin Pegang Tangan Demi Anak

TEKA-TEKI kontroversi penyampai radio popular, Raja Azura atau mesra dengan panggilan Kak Engku berpimpin tangan dengan bekas suaminya pada Januari lalu kini terjawab apabila perkara itu diakui sendiri oleh beliau ketika ditemui baru-baru ini. Aksi intim berkenaan dilihat ketika Kak Engku bersama bekas suaminya, Adzmin Tan Sri Osman berjalan-jalan di sebuah kompleks beli-belah di ibu kota.

Foto 2009 

Tgk n3 lama kt sini -- Raja Azura - Adzmin Sah Bercerai
-- Raja Azura Berhasrat Rujuk Semula

Walaupun kedua-duanya mengenakan kaca mata hitam, kelibat penyampai radio Sinar FM dan pasangannya itu tetap dikenali ramai. Semasa diajukan pertanyaan mengenai aksi berpegangan tangan, tiba-tiba penyampai radio slot Sinar Pagi yang pada mulanya begitu riang dengan keramahannya bertukar sayu.

Sambil mengesat air mata yang mula membasah kelopak matanya, dia berterus-terang mengatakan sejak perceraiannya tahun lalu sehingga saat ini, Kak Engku dan bekas suami masih berpura-pura mesra di hadapan anak-anak. Tambah pilu apabila tidak seorangpun daripada ketiga-tiga anaknya mengetahui perpisahannya dengan bekas suami disebabkan mereka terlalu kecil.

“Saya perlu berlakon dan ketepikan ego di depan anak-anak kerana itu janji saya bersama bekas suami setelah berpisah secara baik. “Sampaikan televisyen dan surat khabar mengenai kisah perceraian kami pun tidak didedahkan kepada anak-anak disebabkan mereka terlalu cerdik bertanya pelbagai soalan,” katanya yang mengaku sudah terbiasa hidup solo sekarang. kosmo

-- Kontroversi Di Sebalik Ahmad Dhani Sbg Pengetua AF9
-- (Gambar) Banglo Khairul Fahmi Hadiah Kerajaan Kelantan Siap Jun Ini 
-- (Gambar) Cium Mulut Pengacara 8TV Julie Voon 
-- (Gambar) Perkahwinan Raja Farah Dan Megat Bashirun Datuk Zakaria 

Friday, October 8, 2010

Raja Azura Berhasrat Rujuk Semula

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, masih menyayangi suaminya , Adzmin Othman,37, dan tidak menolak kemungkinan untuk rujuk semula. Kata Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, dia masih memberi peluang kepada suaminya untuk mencari jalan pendamaian dalam tempoh edah demi masa depan anak-anak. "Selama ini saya hilang kepercayaan kepada suami dan dia perlu mengembalikan kepercayaan itu kepada saya semula. Penceraian hanyalah jalan untuk kami betulkan semula keadaan.

"Namun begitu saya masih lagi membuka peluang kepada dia untuk selamatkan rumah tangga kami sepanjang tempoh edah ini atau berkahwin semula selepas tempoh itu," katanya ketika ditemui selepas selesai menjalankan tugasnya mengendalikan segmen Sinar Pagi di Stesen Radio Sinar FM, di Astro Bukit Jalil di sini, Jumaat. Raja Azura dan Adzmin bercerai talak satu di sebuah mahkamah syariah di Selangor pada 28 September lalu. Penceraian itu dilakukan dalam prosiding tertutup. Dalam pada itu, Raja Azura turut memberitahu kasih sayang terhadap suaminya tidak pernah berubah malah keputusan untuk bercerai adalah keputusan bersama.

"Kami tidak pernah bergaduh, bertengkar, malah kami adalah pasangan romantik di luar. Saya akui hati saya tidak pernah berubah daripada menyayanginya. "Kami ambil keputusan ini sebagai jalan terbaik untuk memperbaiki hubungan kami dari luar setelah cara lain gagal. Selepas ini saya harap lebih menghargai dan memerlukan antara satu sama lain," katanya. Ujarnya, mereka turut berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak dan menjadi sahabat paling baik.

"Sebelum berpisah kami telah berjanji akan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik terutamanya memberi perhatian kepada kami. "Saya tidak mahu anak-anak rasa terabai malah perkara ini masih menjadi rahsia kami dari pengetahuan mereka kerana mereka masih kecil untuk mengetahuinya," katanya.Kata Raja Azura, hak penjagaan anak adalah atas persetujuan bersama dan suami berhak untuk berjumpa mereka pada bila-bila masa.

Raja Azura dan Adzmin mendirikan rumah tangga pada 10 Mac 2001 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4. - mstar