Pelakon Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan
kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang
berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam. Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, memasuki dewan
kira-kira pukul 9 sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap
rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya aktor Zain Saidin, 29.

Pelakon drama Kiah Pekasam itu menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta. Duduk di atas pelamin yang dihiasi bunga putih, Rozita dan Zain turut memakai inai tajaan My Beautiful Henna.