ad ld

Pages

Showing posts with label fergie anak dim. Show all posts
Showing posts with label fergie anak dim. Show all posts

Monday, December 16, 2013

Skandal Adi Putra Suami Noraida Mahu Buka Semula Kes (Gambar)

Amiruddin Othman, 50, iaitu Suami kepada Noraida Abd. Mutalib,30, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan pelakon Adi Putra mahu membuka kembali pendakwaan kes terhadap pelakon berkenaan kerana kecewa apabila kes itu diklasifikasikan sebagai no further action (NFA) atau tiada tindakan lanjut.


Peguam Amiruddin iaitu Muhamad Hasif Hassan berkata, pegawai penyiasat wanita kes tersebut Inspektor Fergie Anak Dim dari balai polis di Johor dipercayai tidak telus menyiasat kes tersebut. Sehubungan itu mereka telah membuat aduan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat terhadap pegawai itu bagi membolehkan pihak polis melantik pegawai penyiasat baharu.