Bella Dally mengaku membuat keputusan untuk berhijab sejak Selasa lalu
dan langkah itu diharap tidak menyekat rezekinya dalam bidang lakonan. Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 24, berkata, dia sendiri
tidak menyangka melakukan perubahan itu kerana dia merasakan mungkin
berhijab selepas mendirikan rumah tangga.
"Sejujurnya, saya tidak ada apa-apa mimpi pun atau kisah di sebalik penghijrahan ini. "Tiba-tiba saja saya rasa seperti ingin bertudung dan saya juga tidak sangka akan 'berhijrah' secepat ini. "Cuma apa yang saya lakukan, sebelum bertudung saya mula memperkukuhkan amalan solat saya serta mempelajari Islam dengan lebih mendalam.