ad ld

Pages

Showing posts with label gambar rusuhan di singapura. Show all posts
Showing posts with label gambar rusuhan di singapura. Show all posts

Monday, December 9, 2013

Rusuhan Di Little India Singapura Kereta Polis Dan Ambulans Dirosakkan (Gambar)

Satu rusuhan berlaku di persimpangan jalan Race Course dan Hempshire Road di daerah Litle India Singapura pada Ahad malam. Menurut polis, satu kemalangan maut berlaku pada pukul 9.23 malam melibatkan sebuah bas dan seseorang di persimpangan kedua-dua jalan itu.


Tidak lama selepas itu rusuhan tercetus melibatkan sekumpulan kira-kira 400 orang yang merosakkan lima kenderaan polis dan sebuah ambulans. Beberapa buah kenderaan persendirian turut dirosakkan sementara 10 orang pegawai polis cedera. Polis menggerakkan anggotanya daripada Pasukan Operasi Khas dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.