Mencecah usia 60 tahun, selepas sekian lama hidup menjanda, pelakon Wan Maimunah Wan Abdul Aziz bakal bernikah lagi. Pelakon yang terkenal dengan watak-watak sedih dalam drama itu sendiri
mengesahkan bahawa dirinya akan kembali mendirikan rumah tangga dengan
seorang ahli perniagaan berasal dari Johor, berusia tujuh tahun lebih
muda daripada beliau.
"“Kami mula berkenalan kira-kira dua bulan lalu sebelum bersetuju untuk berkahwin tidak berapa lama selepas perkenalan itu. Saya tidak pernah menjangka akan kembali bergelar isteri apatah lagi pada usia seperti ini, namun kita tidak dapat melawan ketentuan takdir ALLAH," katanya dipetik dari sebuah portal. "“Dalam waktu yang sama, saya turut bersyukur dan terharu kerana masih ada individu yang bersedia menjadi tempat berlindung dan menumpang kasih dan sayang," tambahnya lagi.