ad ld

Pages

Showing posts with label jebat. Show all posts
Showing posts with label jebat. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

Tuduhan Lisdawati Dan Fauzi Mengarut - Sharnaaz Ahmad (Gambar)

Pelakon Sharnaaz Ahmad menganggap kenyataan Lisdawati yang mendakwa diserang sehingga menyebabkannya mengalami tekanan darah tinggi adalah tuduhan mengarut. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia enggan mengulas panjang berhubung perkara tersebut namun menganggap Lisdawati bersama suaminya, Fauzi Nawawi sengaja memanipulasi keadaan apabila mengeluarkan tuduhan sedemikian.


"Mereka memang sengaja memanipulasikan keadaan. Biarlah apa mereka nak cakap... cakaplah. "Buat masa ini saya tidak mahu beritahu apa-apa. Tunggulah... bila saya bersedia untuk menjawab persoalan semua," katanya. Sebuah akhbar pada Isnin melaporkan Sharnaaz telah menyerang Lisdawati, 35, di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh pada 19 dan 21 Februari lalu.