ad ld

Pages

Showing posts with label kes rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label kes rumah tangga. Show all posts

Friday, March 11, 2011

(Gambar) Suami Bw Lari Anak Bru Lahir, Ceraikan Isterinya

Kesian tgk gambar ni. Tak tahu mcmana perasaan si ibu yg masih dlm pantang dilarikan bayinya oleh suami sendiri. Kenapa perlu seksa jiwanya sebegitu sekali.  

- Kepala Batas: Malang bertimpa buat seorang ibu muda apabila dia bukan hanya kempunan untuk mencurahkan kasih sayang terhadap anak sulungnya yang dilahirkannya pada 25 Februari lalu, malah diceraikan suaminya dipercayai melarikan bayinya itu.

Anis Iyazirah Yaakub, 21, mendakwa anaknya, Nurin Syifa Irdina yang dilahirkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dilarikan suaminya dari rumah ibunya di Kampung Permatang Tinggi B, di sini, 2 Mac lalu, kira-kira jam 9.30pagi. Beliau mendakwa suaminya berusia 26 tahun itu memberi alasan mahu membawa Nurin untuk berubat penyakit kuning bersama ibunya yang tinggal di Sik, Kedah, tetapi membawanya pulang semula ke rumahnya.

“Saya kemudian menghubungi keluarga mentua di Sik untuk bertanyakan sama ada Nurin berada di sana, saya terkejut apabila diberitahu bahawa anak saya berada di sana. Saya pun membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas kerana mengesyaki Nurin dilarikan. “Hati saya tidak tenteram memikirkan nasib Nurin sepanjang masa itu dan saya nekad memandu kereta seorang diri ke Sik dalam tempoh masih berpantang pada malam itu juga semata-mata mahu melihat keadaannya.

“Di rumah mentua, saya ditegur ketika cuba memegang Nurin dengan alasan tidak mahu mengganggunya tidur. Saya hanya dapat mencium pipi dan dahi bayi saya sebelum pulang semula ke rumah ibu saya sendirian walaupun ketika itu suami saya berada di rumah ibunya,” katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, kelmarin.  Anis Iyazirah berkata, dia amat tertekan kerana bimbangkan keadaan Nurin yang masih menyusu badan serta menghidap penyakit kuning dan menganggap tindakan memisahkan mereka seperti mahu menganiayai anak kecil itu.

Nasibnya bertambah malang apabila pada 6 Mac lalu, dia menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya yang menceraikannya dan tidak mahu ibu muda itu mengganggunya lagi serta memintanya menunggu keputusan mahkamah. “Saya yang berniaga makanan dengannya sebelum ini merasa buntu dengan tindakannya yang berubah sikapnya secara tiba-tiba, saya menghubunginya selepas itu dan dia beritahu bahawa dia kini dalam perjalanan ke Selangor untuk memulakan hidup baru.

“Saya tertekan dengan tindakannya itu, tambahan pula saya diberitahu bahawa dia sebenarnya sudah mempunyai isteri lain,” katanya yang berkahwin dengan suaminya pada Julai tahun lalu. bharian

-- 7 Kali Gugurkan Bayi Dlm 4 Tahun, Tabik Sama Lu!!!!
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Saida AF (Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Mohon Cerai Di Mahkamah Rendah Syariah
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al Islam Dan Nor Azam Datuk Sulaiman

Friday, February 11, 2011

Wanita Dakwa Kandungan Gugur Ditendang Suami

Kalau si suami sanggup bt cmtu, mmg dia seorg lelaki yg sgt 'macho' kan. Hebat tu, kena tabik spring kt dia beb.. Pastu bleh suruh dia tendang pokok kelapa plak ke, durian ke, bru lah jantan kan..huhu..

KUALA TERENGGANU 10 Feb. - Seorang wanita mendakwa, kandungannya yang berusia tiga bulan gugur setelah dia dipukul dan ditendang oleh suaminya dalam pergaduhan yang berlaku di rumah mereka di Kampung Padang Luar dekat sini Sabtu lalu. Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an bukan sahaja mengalami kecederaan malah terpaksa menanggung kesedihan akibat kehilangan bayi yang dikandungnya.

Dalam kejadian pukul 10 malam, wanita itu mendakwa dia bergaduh dengan suaminya yang berusia 23 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mangsa mendakwa dalam pergaduhan itu, dia ditampar dan perutnya ditendang oleh suaminya yang merupakan seorang nelayan.

Katanya, selepas kejadian itu, suaminya keluar dari rumah untuk menangkap ikan di laut. "Semasa ketiadaan suaminya, mangsa mengalami kesakitan dan membuat pemeriksaan kesihatan kelmarin. Doktor mengesahkan kandungannya yang berusia tiga bulan telah meninggal dunia.

"Wanita berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini hari ini. utusan