
Selepas selamat bernikah pada 4 Mei lalu, Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal) dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha) mengadakan majlis persandingan mereka dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), malam Ahad.
Majlis dihadiri kira-kira 2,000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.