ad ld

Pages

Showing posts with label rumah tangga rita rudaini aidil zafuan. Show all posts
Showing posts with label rumah tangga rita rudaini aidil zafuan. Show all posts

Monday, October 11, 2010

Mentua Jawab Rita Rudaini

SEREMBAN: “Kami berharap kemelut ini dihentikan kerana tidak memberi faedah, sebaliknya memburukkan lagi keadaan kerana cerita rumah tangga tidak sesuai dihebahkan kepada media, tambahan pula sebelum ini pun kami sudah jelaskan pendirian bahawa kami reda dengan ketentuan Tuhan yang mempertemukan jodoh antara Aidil dengan Rita,” kata bapa Mohd Aidil Zafuan, Abd Razak Salleh, 61. Menurutnya, dia kesal dengan pelbagai kenyataan Rita yang disiarkan media mengenai rumah tangga mereka yang menyentuh reputasi keluarga mentuanya sedangkan dia dan ahli keluarga lain sudah sedia untuk berbaik ibarat seperti pepatah `buang yang keruh ambil yang jernih’.

Katanya, walaupun pada awalnya sudah mengharapkan tidak berlarutan tetapi segala harapan itu seolah-olah tidak menjadi sekali pun sepanjang perkahwinan mereka selama dua tahun, dia dan keluarga lain sudah berusaha membantu dengan memberi sokongan padu dan komitmen tinggi sebagai bapa mentua yang bertanggungjawab.  “Buktinya ketika mereka baru berkahwin dan ingin mendaftarkan perkahwinan dulu, saya bantu untuk daftarkan di Seremban tetapi Rita nak buat di Wilayah Persekutuan.  “Malah, ketika Rita melahirkan anaknya (Airit Rayyan Rizkin), kami sekeluarga termasuk Mohd Zaquan Adha pergi melawatnya, malah ibu Aidil turut menelefon besan (emak Rita) sebanyak dua kali bertanyakan khabar mengenai Rita dan cucu yang ketika itu berpantang di Perlis.

“Kami berusaha menenangkan keadaan kerana kami sayang mereka (anak, menantu dan cucu), malah tiada niat mencampuri urusan keluarga mereka (Aidil dan Rita) tetapi seolah-olah semua yang kami harapkan bagaikan tidak menjadi apabila kenyataan demi kenyataan dikeluarkan pelakon itu,” katanya di kediamannya di Taman Rashibah Indah Sikamat dekat sini, semalam.

Beliau mendakwa, sejak mendirikan rumah tangga, pelakon itu tidak pernah datang ke rumahnya di Sikamat walaupun dijemput termasuk ketika dia mengadakan kenduri meraikan kejayaan pasukan bola sepak Negeri Sembilan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia, November tahun lalu. Mengenai dakwaan Rita bahawa Aidil tidak balik ke rumahnya, beliau keliru dengan kenyataan itu kerana katanya, setiap kali selepas perlawanan bola sepak atau menjalani latihan, Aidil pulang ke Kuala Lumpur. “Dakwaan kami mengawal Adil tidak benar kerana pendirian kami jelas seperti mana sebelum ini tidak campur tangan urusan keluarga mereka.

“Apa yang menyedihkan, Rita sendiri tidak pernah menghargai atau mengucapkan terima kasih atas sokongan yang kami berikan, malah SMS juga tidak pernah dibalas,” katanya yang kini kurang sihat. - hmetro

Saturday, October 9, 2010

Ingatlah Anak! - Rita Rudaini

RITA Rudaini meminta Mohd Aidil Zafuan Razak supaya menziarahi anak mereka Airit Rayyan Rizqin walaupun sekejap kerana tidak menjenguknya hampir sebulan iaitu sebelum Aidilfitri lagi. Tak apalah saya beraya dengan anak, walaupun kesedihan di hati ini, hanya Tuhan yang tahu. Cuma saya rayu kepada suami, luangkan sedikit masa menjenguk anak. 10 minit pun jadilah! Anak pun ada perasaan. Airit nampak macam sedih dan termenung, mungkin teringat bapanya. Tetapi apakan daya. Saya tidak boleh memaksa. Saya pasrah, mungkin inilah ketentuan Tuhan untuk diri saya," katanya.

Pelakon itu juga menegaskan, dia bukanlah kejam kerana memang tidak pernah terlintas langsung untuk memutuskan hubungan Aidil dengan keluarganya. Saya tak pernah halang suami menjenguk atau bermalam di rumah keluarganya. Saya rela berkorban apabila Aidil mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga tahun ini. Tetapi kalau mereka tidak dapat menerima hingga saya melahirkan zuriat yang juga darah daging mereka, bagaimana pula keadaannya?” tanyanya.

Sebagai suami, Aidil sepatutnya bersikap lebih berani, gentleman dan bertanggungjawab mempertahankan serta melindungi maruah isterinya. Tindakan Aidil mengambil sikap tunggu dan lihat atau mendiamkan diri meletakkan Rita kini dalam kebingungan. Saya agak terkilan dengan sikap suami. Kecewa apabila dia hanya mendiamkan diri apabila saya diaibkan. Kenyataannya mahu berbincang dengan keluarga menunjukkan dirinya masih bergantung kepada keluarga. Dia suami. Sepatutnya dia melindungi saya, bukannya membiarkan saya sendirian macam ini.

Sebelum membuat kenyataan, saya terlebih dulu mengadu kepada suami. Tetapi jawapannya cukup mengguris hati. Dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi "buatlah, lantak kau orang". Saya manusia biasa. Setakat mana kesabaran boleh bertahan? Saya berasakan maruah saya diperkotak-katikkan apabila keluar gosip yang tidak dapat diterima akal,” katanya. Rita juga menjelaskan dia terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri kerana maruah dirinya sebagai seorang isteri dan ibu seolah-olah diabaikan oleh mereka yang sepatutnya melindunginya.

Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahu-menahu mengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini,” katanya. Rita berkata demikian mengulas kenyataan Aidil dalam Berita Harian bahawa dia (Aidil) mahu berbincang dengan keluarganya terlebih dulu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Saya terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri. Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahumengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini. Saya tidak halang suami mahu bertemu dengan keluarganya, tetapi dia juga perlu berbincang dengan saya.

Kenyataan Aidil mahu berbincang dengan keluarga terlebih dulu menjelaskan selama hari ini, suami masih dikongkong keluarganya. Saya sedih Aidil seperti tiada pendirian dan membiarkan orang lain mengatur kehidupan rumah tangga. Saya ialah isterinya, ibu kepada anaknya, Airit Rayyan Rizqin. Sepatutnya dia mempertahankan hak dan maruah saya yang difitnah, bukan membiarkan orang lain menentukan kehidupannya. Saya semakin tertekan, perasaan saya kini tidak menentu, sudahlah difitnah, suami pula bersikap seolah-olah lepas tangan," luahnya dalam nada sebak.

Bukan mengungkit, namun hakikatnya Rita masih teringat lagi kata-kata Aidil Zafuan bahawa dia sendiri bersungguh-sungguh mahu mengahwininya walaupun menyedari ia tidak mendapat restu daripada keluarganya sendiri. Dulu, ketika mengajak saya berkahwin, tahu pula mencari, memujuk dan berbincang keluarga saya. Walaupun keluarga saya minta Aidil mendapatkan persetujuan keluarganya terlebih dulu, keputusannya kata Adil tetap sama, hubungan kami tidak mendapat restu. Saya masih ingat kata-katanya, keluarganya sudah tidak boleh bawa berbincang lagi.

Awalnya sukar untuk saya dan keluarga menerima. Kami tahu akibatnya jika berkahwin tidak mendapat restu. Tapi Aidil berjanji tidak akan mempersia-siakan hidup saya dan akan bertanggungjawab dengan segala apa yang berlaku. Sekarang apa sudah jadi? Anak kami masih kecil, tidak terfikirkah Aidil soal masa depan Airit?” katanya lagi. Rita berkata, dia juga keliru dengan kenyataan bapa mentua, Abd Radzak Salleh yang mendakwa tidak pernah campur tangan berhubung rumah tangganya.

Kalau mereka (keluarga Aidil) tidak campur tangan, rumah tangga kami tidak menjadi tegang macam ini. Kenapa tak nasihatkan Aidil supaya menemui saya dan menjenguk anaknya yang tidak ditemui sejak raya lagi,” jelas Rita. - bharian