ad ld

Pages

Showing posts with label sakit mental. Show all posts
Showing posts with label sakit mental. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

(Gambar) Lelaki Mati Ditembak Amuk Tetak Polis Di Tmn Cempaka N 9

Semlm kes kematian ibu sakit mental jatuh bangunan, hr ni polis ditetak pesakit mental plak. Nape makin byk je kes libatkan pesakit mental ni kt Malaysia ekk?

BAHAU – Tindakan seorang pesakit mental menetak seorang anggota polis selepas berang dengan arahan penguat kuasa itu yang memintanya bertenang memakan diri apabila dia mati ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Chempaka di sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.15 petang itu mengakibatkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an maut di tempat kejadian selepas tembakan yang dilepaskan oleh salah seorang daripada empat anggota polis yang berkawal ke rumah mangsa mengenai pipinya. Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki berkenaan telah dipujuk supaya bertenang oleh empat anggota polis berkenaan selepas mengamuk lebih tiga jam.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian itu, seorang anggota, Sarjan Abdul Rahim Hamid, 50, yang telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam pasukan polis cedera selepas kepalanya ditetak berkali-kali dengan parang oleh lelaki tersebut.

Katanya, polis sebelum itu menerima panggilan daripada ibu lelaki berkenaan pada pukul 2 petang memaklumkan anaknya sedang mengamuk. kosmo

-- (Gambar) Budak 5 Thn Mati Jatuh Dri Tngkt 6, Ibu Jatuh Dri Tgkt 10 Di Pangsapuri Aman
--  Rita Rudaini Patut Maafkan Keluarga Kami - Ruzie
-- (Gambar) Majlis Cukur Jambul Khyra Khalyssa Anak Dynas Mokhtar
-- Gambar Persandingan Bienda Dan Boy Di Ideal Convention Centre

Wednesday, February 9, 2011

(Gambar) Budak 5 Thn Mati Jatuh Dri Tngkt 6, Ibu Jatuh Dri Tgkt 10 Di Pangsapuri Aman

Ngeri btul kejadian ni.. Lately byk jugak kes melibatkan sakit mental. Nmpknya kesihatan mental juga perlu lbh dititik berat di kalangan masyarakat kini.

SERI KEMBANGAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menemui ajal secara tragis apabila dia tercampak dari tingkat enam ketika berada dalam dukungan ibunya dalam kejadian di Jalan SK 6/1, Pangsapuri Aman di sini semalam.

Kejadian pukul 12 tengah hari itu mengakibatkan kanak-kanak tersebut, Chong Man Lin, 5, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Lebih memilukan, ibu kanak-kanak itu, Tan Lee Eng, 35, yang disyaki menghidap penyakit mental turut menemui ajal tidak berapa lama kemudian selepas dia terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri sama. kosmo

-- Anugerah Bintang Malap Pelakon Wanita, Apa Cer?
-- Tiz Zaqyah Terkejut Fasha Sandha Putus Cinta
-- (Gambar) Cium Mulut Pengacara 8TV Julie Voon
-- Koleksi (Gambar) Majlis Perkahwinan Dato Sani Dan Fatimah Dalilah Di Masjid Kristal