ad ld

Pages

Tuesday, March 1, 2011

(Gambar) 40 Buah Myvi, Viva Dan Alza Hangus, Stor Perodua Terbakar Di Jln Layang2 Puchong

PUCHONG – Beberapa kakitangan sebuah stor milik Perodua yang menyimpan 40 buah kereta jenis Myvi dan Viva bertindak melarikan diri selepas premis tersebut terbakar dekat Plaza Perabot Puchong 1, Jalan Layang-layang 3, Puchong Jaya di sini semalam.

Kejadian pukul 1 petang itu mengakibatkan kesemua kereta tersebut hangus. Difahamkan, kerugian dianggarkan bernilai lebih RM500,000. Pemangku Penolong Pengarah Operasi Penyelamat dan Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba II, Anuar Harun berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.25 petang.

Katanya, api dapat dikawal kira-kira 20 minit selepas itu dan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut. “Beberapa petugas yang berada di premis itu bergegas menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran tersebut. Salah seorang mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam. kosmo

(Gambar) Tan Sri Chan Kong Choy Didakwa Berhubung Skandal PKFZ

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Kong Choy, 55, dituduh menipu Abdullah bagi meluluskan syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian berjumlah RM1.9 bilion di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006. Bekas menteri itu didakwa melakukan ketiga-tiga perbuatan menipu itu di Tingkat 4, blok utama Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini.

Kesemua pertuduhan terhadap Kong Choy didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dia berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan tersebut. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan Kong Choy dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.

Kong Choy membayar wang ikat jamin itu. Dia yang ditemani isterinya, Puan Sri Ann Chan dan anak perempuan mereka meninggalkan mahkamah pada pukul 4.35 petang. kosmo