ad ld

Pages

Tuesday, March 1, 2011

Cek Nuffnang Datang Lagi.. Bestnya..

Sape kata layan blog buang masa? Skang ni bleh kata, Sape x layan blog buang duit!!!! Hehe.. Ekceli td check email, dpt satu payment advice dri nuffnang.

Igt hari tu cash out 19hb kot. Biasa cek dpt dlm sebulan lps cash out, tp rasanya kali ni lewat skit. Xpe lah, at least nuff dh send ni kira ok la tu. Maybe sehari dua lg smp la cek tu kan.. Bestnya.. Oh la la.. hehe..

Nilainya x la byk sgt, lg pun cash out setiap bulan kan, tp setakat nak bayar bil broadband, letrik, e-kon n air tu mmg clear lah. So skang ni klu ada rezeki dpt BE byk2, kena target dpt income lbh tinggi, kan best klu dpt bayar installment kereta every month dgn duit nuffnang, tak gitu uols?
Usaha tangga kejayaan..Chewahh..

-- (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja Pinang Tunggal P Pinang
-- (Gambar) Didakwa Cabul 12 Pelajar Perempuan, Guru Ditahan Polis
-- Tips Dpt Free Guna Elektrik, Air Dan Broadband Setiap Bulan
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

(Gambar) Dera Anak Tiri, Wanita Dipenjara 3 Tahun Denda RM4000

MELAKA - Seorang suri rumah dihukum penjara tiga tahun dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah didapati bersalah mendera anak tirinya tiga tahun lalu. Majistret Muzila Mohamed Arsad menjatuhkan hukuman itu selepas suri rumah berkenaan, Norlaili Mahat, 39, didapati bersalah menganiaya Mohammad Syukri Faiz Mohd. Hasaan, 9, (umur ketika kejadian) dengan menyebabkan kecederaaan fizikal di seluruh badan mangsa.

Tertuduh sebagai seorang yang mempunyai tanggungjawab sebagai penjaga iaitu ibu tiri kepada mangsa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Batu 4 3/4 Lorong Alai, Melaka Tengah di antara 22 Februari hingga 1 Mac 2009. Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam, Ng Aik Beng memohon agar dikenakan hukuman ringan kerana kesalahan itu merupakan kesalahan pertama dan kanak-kanak terbabit merupakan golongan miskin. kosmo