ad ld

Pages

Thursday, March 3, 2011

(Gambar) Mayat Lelaki Gantung Diri Kecewa Cinta Di Lrg Tmn Ayer Keroh Melaka

Tragis btul kejadian ni. Seorang remaja lelaki 19 thn dikatakan bunuh diri dgn gantung diri pd sebatang pokok jambu kerana masalah percintaan.

- Melaka: Sebaik bertukar kerja di sebuah kilang di negeri ini lebih dua minggu lalu sikap seorang remaja tiba-tiba berubah begitu ketara sekali hingga menimbulkan rasa pelik kepada ahli keluarganya.

Malah, dia juga kerap dilihat bersembang menggunakan telefon bimbit selain berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan seseorang dipercayai teman wanitanya setiap hari.

Kelmarin, selepas memperoleh gaji, dia memberitahu rakan mengenai rancangannya untuk bercuti cuti selama tiga hari bermula semalam untuk pergi ke kampung kekasihnya, seorang gadis Orang Asli di Gapam, Jasin.

Namun, keluarganya menerima berita mengejutkan pagi semalam apabila remaja terbabit ditemui mati apabila mayatnya ditemui tergantung pada sebatang pokok jambu di Lorong Taman Ayer Keroh Height (TAKH) 7, dekat sini.

Difahamkan, akibat masalah cinta, remaja terbabit, Deklies Anak Dely, 19, berketurunan Bidayuh dari Kampung Sebobok, Bau, Sarawak itu nekad menggantung dirinya. petikan hmetro

-- (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja Pinang Tunggal P Pinang
-- Bekas Suami Daphne Iking Tak Mengaku Isobel Anak Kandungnya
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Amy Search Lawat Hairuman Mangsa Renjatan Elektrik Di Hospital

(Gambar) Diskaun Bayar Saman Dilanjut 10 Mac

Berita baik kepada pesalah trafik di negara ini yang tidak sempat melunaskan saman mereka sepanjang tawaran diskaun 50 peratus yang berakhir pada 28 Februari lalu. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan tarikh pembayaran saman itu dilanjutkan sehingga 10 Mac ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat untuk membantu pesalah trafik menjelaskan kompaun sekali gus mengelakkan kenderaan mereka daripada disenarai hitam. "Keputusan ini juga dibuat kerana kita dapati ada pihak yang ikhlas mahu membayar saman tetapi gagal berbuat demikian disaat-saat akhir kerana sistem di kaunter bayaran tergendala," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sejak Ogos tahun lalu, kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan. kosmo