“Ayah, adik dekat belakang mati kena langgar!” Hanya itu mampu
diungkapkan kakak kanak-kanak berusia dua tahun yang maut dirempuh
kereta bapanya di kediaman mereka di Taman Kerian Parit Buntar, semalam. Lebih memilukan, kejadian tragis itu berlaku di hadapan mata bapa kanak-kanak malang itu. Ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu,
mangsa, Mohd Adam Mohd Ali difahamkan berada di belakang kereta Toyota
untuk mengambil seliparnya manakala abangnya, Aiman Yasin Mohd Ali yang
berusia empat tahun berada dalam kereta terbabit dan cuba menghidupkan
kenderaan itu.
Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata, ketika kejadian, dia baru tiba di rumah selepas menghantar isterinya berniaga di Alor Pongsu, Bagan Serai dan ingin bergegas menghantar anak perempuannya ke sekolah. Menurutnya, sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia masuk ke dalam sebentar untuk mengambil barang sebelum terdengar bunyi bising dari luar rumah.