ad ld

Pages

Monday, March 10, 2014

Rozita Che Wan Mengandung Di Usia 41 Selepas 16 Tahun (Gambar)

Tahniah Che Ta kerana dah mengandung anak pertama bersama Zain Saidin. Rozita Che Wan berkongsi berita gembira itu melalui Instagram dengan gambar alat ujian kehamilan dan kapsyen "Alhamdulillah,... syukur dengan nikmat mu ya Allah.. Amin".


Zain Saidin dan Che Ta berkahwin pada 12 Disember 2013 di Setia City Convention Centre Shah Alam. Rozita mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertama bernama Ammar Effendy 18 dan Aniq Ezzra 16.

--  Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)
--  Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)

--  Cara Lindungi Diri Dari Jerebu 5 Langkah

--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Sunday, March 9, 2014

Zed Zaidi Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang, Mohon Maaf (Gambar)

Zed Zaidi menerusi laman sosial Twitter memohon maaf atas kenyataannya yang memperlekehkan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pagi Sabtu.


Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, dia keliru dengan maklumat berkenaan dan tidak bertujuan untuk memburukkan keadaan.

"Saya mohon maaf atas kenyataan mengenaik kapal terbang MAS yang hilang di Twitter dan Facebook sebentar tadi. Saya tidak berniat untuk memburukkan lagi keadaan. "Saya harap orang ramai menghentikan spekulasi terhadap berita ini kerana ia mengelirukan. Kita berdoa semoga semua anak kapal dan penumpang MAS yang hilang berada dalam keadaan selamat dan dilindungi Allah," tulisnya.

Zed dalam kenyataan awalnya di twitter pada pukul 11 pagi mempersoalkan kehilangan pesawat tersebut dan memperlekehkan hidanganya yang disajikan pihak syarikat penerbangan terbabit. Bagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial dan menganggap pelakon itu cuba mengambil kesempatan untuk mencari publisiti murahan terhadap insiden tersebut.

Terdahulu, pada pagi Sabtu, MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014. MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal. mstar

--  MH370 Hilang, Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam
--  Pernikahan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Di Masjid Al Mukarramah Sri Damansara
--  Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)