ad ld

Pages

Saturday, December 20, 2014

Farah Asyikin Fail Cerai Zaahier Stanley (Gambar)

Tiada angin, tiada ribut, rumah tangga yang dibina Farah Asyikin sejak 2 tahun lalu bergolak selepas pasangan ini dilaporkan bakal bercerai.
Nama Farah Asyikin dan pasangannya, Zaahier Stanley dipapar di papan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Pun begitu, Fara dan Zaahier tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula. Untuk rekod, pasangan ini telah berkahwin pada 15 Februari 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Thursday, December 18, 2014

Sari Yanti Cerai Tebus Talak RM10 Ribu (Gambar)

Mahkamah Rendah Syariah Petaling diberitahu bahawa pasangan pelakon Sari Yanti dan suaminya, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain telah bercerai secara tebus talak sebanyak RM10,000 di Mahkamah Syariah Seremban, Khamis lalu.


Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Edy Casmadi memberitahu perkara itu kepada Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah ketika perbicaraan kes nusyuz pelakon itu.