ad ld

Pages

Wednesday, October 4, 2017

Atlit Sukan Sea KL 2017 Gagal Ujian Doping

Seorang atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) pada Ogos lalu dipercayai adalah antara tiga atlet yang gagal ujian doping.

Ketua Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), Datuk Dr SS Cheema berkata ujian makmal yang dilakukan di New Delhi mendapati terdapat bahan larangan dalam sampel A semua atlet tersebut.

Tuesday, October 3, 2017

Solat Jumaat Masjid Jamek Kg Rawa Tidak Sah

Mufti Pulau Pinang memutuskan bahawa solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Rawa yang dilakukan pada 11 Ogos lalu bersamaan 18 Zulkaedah 1438H, adalah tidak sah.


Menurut pekeliling yang dikeluarkan jawatankuasa masjid berkenaan kelmarin, umat Islam yang bersolat Jumaat di masjid itu pada tarikh berkenaan dikehendaki melakukan solat qada fardu Zohor.