ad ld

Pages

Tuesday, July 31, 2012

Syaleza Jaffar TV9 Mati Akibat Leher Dijerut Bukan Menggantung Diri

Polis semalam mengesahkan keputusan bedah siasat mendapati Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar menemui ajal dengan cara lehernya dijerut hingga mengakibatkan mangsa kekurangan oksigen sebelum mati lemas.


Sehubungan itu, polis telah menahan suami wanita itu, Norazman Ba- shah, 31, selepas selesai upacara pengebumian jenazah Syaleza, 31, di kampungnya di Felda Redong 1, Labis, Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam kelmarin bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar kecil) berkata, lelaki berusia 31 tahun tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu. “Selain suaminya, kita juga telah mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. kosmo

-- Syaleza Jaffar TV9 Ditemui Mati Di Rumahnya Apartmen Saujana
-- Idaman Suri Langkawi Tempat Terapi Terbaik

Inspektor Polis Dituduh Pukul Pekerja Hotel

Seremban - Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta di Hotel S2 di sini baru-baru ini selepas dihadapkan ke tiga Mahkamah Majistret semalam.

Di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh., Inspektor Mohd. Azuan Yasin, 32, dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Mohamed Nadzeem Zainal Larifin, 25, menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai pistol pada pukul 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2 di sini pada 17 Julai lalu.