Wang RM50,000 milik pelakon Lisa Surihani, 26 dan ibunya telah dicuri selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar. Menurut laporan Harian Metro, ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, 62,
mula menyedari kehilangan wang itu ketika dia ingin mengeluarkan
sejumlah wang pada Jumaat lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di mesin
juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.