Ketika heboh majlis pertunangan rahsia Fizz Fairuz dengan seorang
wanita yang berlangsung pada 10 Februari lalu, pelakon tersebut
sebenarnya telah bertunang dengan isteri orang. Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar
apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut
mengenai status “tunangnya” itu.
“Empat hari selepas bertunang barulah saya tahu wanita itu merupakan
isteri orang. Sabtu lalu saya telah berjumpa dengan suami wanita itu.
Lelaki itu menjelaskan wanita berkenaan adalah isteri keduanya selepas
mereka bernikah di Thailand,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro
pada Rabu.
Fizz juga menganggap dia benar-benar tertipu dan berasa hairan
perkenalannya yang singkat dengan wanita berkenaan telah membuka hatinya
untuk bertunang berbanding hubungannya dengan pelakon Almy Nadia yang
sudah terjalin selak tujuh tahun lalu.
Malah Fizz juga memohon maaf kepada Almy Nadia kerana kejadian itu termasuklah kepada semua pihak.“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. "Kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya.
Pertunangan Fizz,34, secara diam-diam dengan seorang wanita berusia
26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak
pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia,
27.
Sementara itu, Almy Nadia enggan memberi sebarang komen dan tidak mahu masuk campur berkaitan urusan pelakon lelaki itu lagi. Memetik laporan mStar Online pada 14 Februari lalu, pendakwah
selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata tindakan Fizz Fairuz yang
menyarung cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu kesalahan
daripada segi adat Melayu dan haram hukumnya dalam agama Islam.
Wan Akashah juga turut menasihati Fizz supaya perlu menguar-uarkan
majlis pertunangannya kepada umum untuk mengelak sebarang prasangka. mstar
-- Amah Indonesia Lambung Bayi Dipenjara 20 Tahun (Gambar)
-- Memey Suhaiza Bersalin Awal Dua Minggu (Gambar)
No comments:
Post a Comment