Kontroversi melibatkan Sharnaaz Ahmad dan ND Lala membuatkan penyanyi
Shila Amzah meluahkan perasaannya tidak mahu terlalu dikongkong lagi
oleh keluarganya. Shila menerusi laman Twitter miliknya berkata, walaupun keluarga
menjadi keutamaannya, namun pada masa sama dia mahu diberi peluang untuk
membuat keputusan sendiri.
"Ya, keluarga didahulukan, tetapi pada masa sama saya ingin peluang
untuk membuat keputusan sendiri juga. Saya tidak mahu terlalu dikongkong
lagi. Biarlah saya menjadi diri sendiri," katanya dalam Twitter
miliknya, Rabu. Tambah Shila, dia kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala. Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan
ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak
untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.
Pada malam Selasa, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut. Dalam kemas kini terbaharu Twitternya, Shila turut berjanji untuk
menjadi teman hidup Sharnaaz serta anak yang baik sekiranya kedua-dua
lelaki yang disayanginya itu tidak bersengketa lagi.
"Jika abang (Sharnaaz) dan abah berbaik, saya berjanji akan menjadi
teman hidup abang dan anak abah yang terbaik di dunia. Insya-Allah.
"Saya harap sangat untuk abang dan abah berdamai. Saya tidak mahu hilang dua-dua," tuturnya. mstar
-- Memey Suhaiza Bersalin Awal Dua Minggu (Gambar)
No comments:
Post a Comment