Pelakon Shaheizy Sam dipilih sebagai Bintang Paling Popular Anugerah
Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) apabila mengungguli
hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 79,656
undi. Shaheizy turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara
yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad.
Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2010. Kemenangan itu membolehkan Shahiezy membawa pulang hadiah berupa
sebuah kereta sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas
sumbangan Habib Jewels bernilai RM150,000.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan Search
sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang muzik selama
32 tahun.
Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Dalam pada itu, Yana Samsudin mencipta kemenangan dalam kategori
Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila
menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.
Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh Black dan
Malique yang manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Shila
Amzah. Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Aaron Aziz dan Nabila Huda.
Hero drama bersiri Vanilla Coklat, Aiman Hakim Ridza memenangi Artis
Baru Lelaki Popular, manakala Wawa Zainal meraih gelaran Artis Baru
Wanita Popular. Pelakon dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita
Popular, manakala Zizan Razak memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.
Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita
Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari
stesen Hot FM. Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular pada tahun ini.
Manakala Datuk Aznil Nawawi kembali merampas gelaran Pengacara TV Lelaki Popular yang disandang oleh Zizan Razak tahun lalu. Bagaimanapun pengacara terkenal menerusi program Macam-Macam Aznil itu tidak hadir untuk menerima trofi kemenangannya.
Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Johan, Fara Fauzana dan
Zizan Razak selain beberapa pengacara jemputan seperti Awi Rafael, Hanes
Suraya, kumpulan Forteen, Emma Maembong dan Iqram Dinzly. Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis
seperti Adira, Asmidar, Datuk AC Mizal, Projek Pistol, Ziana Zain, Ella,
Datuk M.Nasir dan sebagainya.
ABPBH 2012 edisi ke-26 anjuran Berita Harian adalah acara
pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan
akhbar dan Khidmat Pesaan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah
air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran. mstar
-- Ayu Raudhah Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
No comments:
Post a Comment