Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin melahirkan rasa sedih melihat
mangsa-mangsa banjir di Kuantan, Pahang ketika tampil menghulurkan
bantuan di empat buah pusat pemindahan banjir di negeri itu. Siti, 34, berkata, kebanyakan daripada mereka masih belum dibenarkan
pulang ke rumah walaupun banjir mulai surut kerana cuaca yang tidak
menentu buat masa ini.

"Ada di antara mereka rumah berdekatan dengan sungai jadi mereka masih belum boleh dibenarkan pulang kerana bimbang air akan naik semula. "Sebagai manusia sudah tentu saya sedih melihat keadaan mereka namun saya kagum dengan semangat mereka yang terus tabah mengharungi dugaan ini," katanya.