Kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan cuti umum tambahan menjelang hari raya puasa tahun ini kerana ia dijangka jatuh bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika mengumumkan demikian berkata, bagaimanapun, tarikh sebenar cuti umum tambahan itu akan bergantung kepada pengumuman tarikh hari raya yang akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sebagaimana lazimnya.