ad ld

Pages

Showing posts with label datuk sosilawati lawiya nouvelle visages nv. Show all posts
Showing posts with label datuk sosilawati lawiya nouvelle visages nv. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Polis Temui Tulang Lagi Di Ladang Gadong

KALA LANGAT 26 Sept. - Polis dipercayai menemui petunjuk baru dalam kes kehilangan ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, April lalu, apabila menemui sejumlah tulang manusia di ladang milik suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi individu, di Ladang Gadong di sini hari ini. Petunjuk baru itu diperoleh di dua lokasi mayat didakwa ditanam selepas kerja-kerja menggali menggunakan sebuah jentolak dijalankan selama lapan jam dengan dibantu jentera Bomba dan Penyelamat.
Sumber berkata, polis menemui tulang-tulang berkenaan di kedua-dua lokasi terbabit. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada polis turut menjumpai barang milik mangsa.

Sebelum ini isteri Mohd. Shafik Abdullah, 37, Samson Nahar Dali, 35, dimaklumkan oleh polis bahawa 95 peratus kemungkinan suaminya telah dibunuh.Ia adalah berikutan pengesahan salah seorang suspek yang mengaku melakukan jenayah itu selain polis juga menemui seutas jam tangan berjenama Polo milik mangsa tersebut. Semalam, dua lokasi berasingan dipercayai tempat dua mayat didakwa ditanam di kawasan Ladang Gadong, iaitu lokasi ladang milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dikenal pasti polis.

Dua mayat individu terbabit termasuk salah seorang daripadanya dipercayai Mohd. Shafik yang dilaporkan hilang sejak April lalu.Kedua-dua mayat itu dipercayai ada kaitan dengan suspek utama yang merupakan seorang peguam. Salah satu daripada lokasi itu dikenal pasti berhampiran kuarters pekerja di belakang kawasan ladang manakala satu lagi dipercayai ditemui beberapa meter di luar ladang tersebut. -hmetro

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Bomba Pam Air 2 Lubang Kubur

BANTING: Sebuah jentera bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air yang bertakung dalam dua lubang besar di Ladang Gadong, semalam yang dipercayai kubur seorang ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah, 37, dan rakannya. Dua individu itu dipercayai turut menjadi mangsa bunuh suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Jentera bomba mula memasuki kawasan ladang terbabit kira-kira jam 10.30 pagi disusuli beberapa kenderaan polis termasuk dari Unit Forensik, selain van membawa empat suspek dipercayai pekerja ladang itu, 15 minit kemudian.

Mohd Shafik dan rakannya yang berasal dari Taiping, Perak dilaporkan hiang sejak 5 April lalu dan gagal ditemui hingga kini. Mereka sebelum itu dikatakan datang ke sini untuk bertemu dengan seorang peguam yang kini menjadi suspek utama pembunuhan Sosilawati. Dua lubang besar itu terletak berasingan, satu di bahagian belakang ladang ternakan milik suspek dan satu lagi di kawasan penanaman kelapa sawit di luar ladang berkenaan. Lokasi kedua-duanya dipercayai dikenal pasti menerusi maklumat yang diperoleh daripada suspek sendiri.
Pada kira-kira jam 12.15 tengah hari, sebuah jengkaut dilihat memasuki kawasan ladang berkenaan dipercayai untuk menggali kedua-dua lokasi yang sudah ditanda polis. - hmetro

Sunday, September 12, 2010

Terbaru : Datuk Sosilawati Mati Dibunuh Di Morib

Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam. Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut. Motif pembunuhan belum dapat dipastikan. Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu. ‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan. “Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah. “Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu. Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu. Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu. - kosmo