ad ld

Pages

Showing posts with label gambar ayu raudhah. Show all posts
Showing posts with label gambar ayu raudhah. Show all posts

Monday, January 10, 2011

(Gambar) Ayu Raudhah Mula Edar Kad Kahwin

PETALING JAYA: Aktres jelita, Ayu Raudhah (gambar) akan mengedarkan kira-kira 300 keping kad jemputan perkahwinannya yang akan berlangsung pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah. Ayu, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, akan diijabkabulkan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada tarikh itu pukul 3.30 petang, selepas Solat Jumaat.

Menurut Ayu, seramai 600 hingga 700 orang akan diundang untuk menghadiri majlis resepsi selepas nikah yang akan berlangsung di Taman Mawar, Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar pada pukul 7.30 malam hingga 11 malam, hari yang sama.

“Antara tetamu yang diundang termasuklah beberapa rakan artis tetapi mereka belum membuat pengesahan kerana faktor jarak yang agak jauh dari Kuala Lumpur,” katanya yang sedang menjalani penggambaran filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki.

Bercerita lanjut tentang persiapan menjelang perkahwinan, Ayu akui fikirannya agak runsing setelah memikirkan ada beberapa perkara yang belum diselesaikan. Di tambah pula dengan jadual lakonan yang padat, dia terpaksa mencuri masa pada waktu malam untuk mencuba pakaian pengantin.

Katanya lagi, tunangnya, Zaquan juga sibuk dengan sesi latihan bola sepak. Jadi, sebab itu mereka sukar mencari masa luang bersama–sama. Pelakon drama Nur Kasih dan Manjalara ini akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Rizman Ruzaini, Qudyn, Calvin Thoo dan Man Kajang. Selain itu, wajah jelitanya akan diserikan dengan solekan oleh Amy Janz.

Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 30 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan. Pasangan itu secara rasmi bertunang pada 17 Oktober 2010 dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya, Selangor. mstar

-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!! 
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis 
-- (Gambar) Pelajar UiTM Patah Tulang Belakang Dihempap Batu Besar Di Bukit Broga

Monday, October 4, 2010

Pergolakan Rumah Tangga Rita Rudaini Tidak Jejas Hubungan Ayu - Zaquan

PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah, 26, mengakui hubungan cintanya dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 24, tidak terjejas kerana berita pergolakan rumah tangga abang kekasihnya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 24, dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 35. Kata Ayu, dia percaya kepada ketentuan jodoh yang telah ditetapkan dan ingin hubungan tersebut diakhiri dengan ikatan yang sah pada awal tahun depan. "Saya tiada hak untuk beri pendapat tentang pergolakan rumah tangga mereka tapi secara jujurnya cerita-cerita tersebut tidak menganggu perjalanan hubungan kami dan kepercayaan saya kepada Zaquan.

"Setiap perkahwinan ada risikonya dan saya percaya jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan tuhan. Setiap pasangan suami isteri mesti ada dugaannya tersendiri," ujar Ayu ketika dihubungi mStar Online. Menurut Ayu, sebagai orang luar dari keluarga tersebut, dia hanya mendoakan yang terbaik agar perkara tersebut tidak berlanjutan sehingga menjejaskan kerjaya kedua-dua belah pihak. Jelasnya, dia dan Zaquan juga tidak pernah bercerita tentang hubungan rumah tangga pasangan itu dan menganggap ia sebagai masalah peribadi pasangan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ayu memberitahu rombongan merisik daripada keluarga kekasihnya itu masih belum diterima. Justeru dia tidak menafikan jika ia akan di tunda kerana tekanan daripada berita ini. "Tentang perkahwinan kami, keluarga saya masih menunggu. Mereka beritahu selepas raya ini, namun jika tidak bulan Syawal ini mungkin juga bulan hadapan. "Saya belum diberitahu tarikh mereka datang lagi. Insya-Allah, perkara baik kebiasaannya Allah akan permudahkan," ujarnya yang sedang menjalani penggambaran drama berjudul Semua Nak A.

Pelakon drama popular Nur Kasih ini mengaku sudah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu dan sedang merancang mengakhiri zaman bujang mereka dalam masa terdekat ini. - mstar

Tuesday, September 28, 2010

Ayu Raudhah Percayakan Zaquan

TARIKH 10 Oktober 2010 sepatutnya menjadi hari bahagia kepada aktres jelita, Ayu Raudhah bersama kekasih hatinya, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak. Dikhabarkan akan bertunang pada hari tersebut, penyebaran berita itu bagaimanapun dinafikan oleh tuan punya badan. Penafian itu bukan membawa maksud sesuatu buruk telah terjadi pada hubungan mereka. Cuma buat masa ini, pasangan itu terutama Zaquan tidak mempunyai masa secukupnya untuk meneruskan perancangan mereka. Sungguhpun rancangan pertunangan itu perlu ditunda, Ayu yang ditemui pada sesi fotografi bersama Kosmo! tampak gembira. Mengukir senyuman, Ayu mengaku dirinya amat bahagia di samping pemain bola sepak kebangsaan itu. “Pada mulanya kami memang berbincang dengan keluarga masing-masing untuk menjalankan majlis pertunangan pada bulan Oktober ini. Namun, disebabkan jadual yang sibuk, kami membatalkan niat itu. Mungkin dari situ ada khabar angin yang tersebar bahawa kami akan bertunang pada tarikh tersebut,” ujar Ayu.

Tidak mahu mendesak, Ayu mahu menggunakan masa secukupnya untuk membuat perancangan. Dia tidak mahu majlis yang berlangsung secara kelam-kabut dan ingin menunggu masa lapang Zaquan supaya semuanya dapat berjalan lancar serta dalam keadaan relaks. Baru-baru ini, keluarga kedua-dua pihak bagaimanapun sudah mengesahkan bahawa pasangan itu akan bernikah pada bulan Januari depan. “Kami kedua-dua pihak keluarga memang merestui hubungan mereka. Jika ada jodoh, majlis pernikahan akan berlangsung awal tahun depan.

Mula meminati Zaquan selepas melihat papan iklan di tepi jalan raya, Ayu sebelum itu pernah menyaksikan perlawanan kekasihnya di Stadium Bukit Jalil bersama kakaknya sebagai seorang peminat. Namun, mereka hanya berkenalan selepas kawan Ayu yang juga merupakan pemain bola memperkenalkan Zaquan. Akui dirinya amat cemas pada pertemuan pertama, Zaquan bagaimanapun menjadi pihak yang mula menghantar SMS. “Kami hanya berhubungan menerusi telefon selepas pertemuan itu. Macam kawan biasa. Apabila Zaquan mengajak saya berkawan secara serius, saya sendiri tidak pasti. Tapi tidak sangka hubungan kami boleh sampai tahap ini dan sejujurnya saya amat bahagia,” senyum Ayu yang baru sahaja menghabiskan rakaman drama Nujum Siber. Dilamar tiga bulan lalu, Zaquan sebenarnya sudah berbicara mengenai pertunangan tersebut sejak tahun lalu lagi. Namun, lamaran itu hanya berlaku menerusi satu panggilan telefon. Walaupun begitu, sifat dan perwatakan Zaquan telah membuatkan Ayu bersetuju dengan lamarannya.

“Dia seorang yang romantik dan ramah. Malah dia seorang yang berbudi bahasa terutama di hadapan orang tua. Disebabkan itulah ibu saya amat menyukai dia. Mungkin bagi orang yang tidak mengenali dia, wajahnya kelihatan sombong. Tapi sebenarnya dia seorang yang sopan,” tambahnya lagi. Berumur 26 tahun, Ayu seperti yang diketahui umum lebih tua daripada Zaquan, 23. Ditambah dengan populariti Zaquan, tidakkah Ayu risau kekasihnya itu akan didampingi ramai wanita lain? “Tidak susah dan senang sebenarnya untuk ‘mengawal’ dia. Tapi apa yang penting adalah kepercayaan. Saya amat mempercayai dia dan kalau tidak ada kepercayaan itu, kita sendiri yang susah. Kematangan Zaquan juga mengukuhkan lagi hubungan kami.”
Menyimpan hasrat untuk berkahwin pada usia 21 tahun sejak kecil lagi, harapan Ayu itu tidak kesampaian. Ini kerana Ayu bukan seorang wanita yang mementingkan karier tetapi suka memiliki keluarga sendiri. - kosmo

Friday, July 30, 2010

Keluarga Zaquan Terima Ayu Raudah Jadi Menantu

Pelakon Ayu Raudhah(gambar) mengesahkan keluarga kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak,22, merestui hubungan mereka termasuk membenarkan hasrat pasangan itu untuk berumah tangga. Ayu berkata dia gembira kerana keluarga kekasihnya itu bersedia menerimanya sebagai menantu.

"Alhamdulilah setakat ini semuanya berjalan lancar. Saya beberapa kali menziarahi keluarga dia dan mereka menerima saya dengan baik. Malah mereka langsung tidak menghalang untuk kami meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius. "Begitu juga keluarga saya, mereka sentiasa menyokong pilihan yang saya buat. Mereka juga sudah beberapa kali berjumpa dengan Zaquan," katanya.

Jelas Ayu lagi, perancangan untuk mengikat tali pertunangan sudah pun difikirkan dalam masa terdekat ini tetapi kerana kekangan masa, mereka terpaksa menangguhkannya pada tahun hadapan. "Perancangan awal memang dalam tahun ini, tapi dia sibuk dengan latihan di luar negara dan saya sibuk dengan penggambaran drama. Jadi kami terpaksa menunda dari tarikh yang sepatutnya,” katanya.
Bagaimanapun kata Ayu, dia ada membuat beberapa persiapan sementara menanti tahun hadapan mengikut apa yang mampu. "Setakat ini sudah 30 peratus persiapan dibuat termasuklah memilih baju yang hendak dipakai pada majlis pertunangan nanti," kata Ayu. - mstar