ad ld

Pages

Showing posts with label rumah tangga rita rudaini aidil zafuan goyah. Show all posts
Showing posts with label rumah tangga rita rudaini aidil zafuan goyah. Show all posts

Monday, October 4, 2010

Pergolakan Rumah Tangga Rita Rudaini Tidak Jejas Hubungan Ayu - Zaquan

PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah, 26, mengakui hubungan cintanya dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 24, tidak terjejas kerana berita pergolakan rumah tangga abang kekasihnya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 24, dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 35. Kata Ayu, dia percaya kepada ketentuan jodoh yang telah ditetapkan dan ingin hubungan tersebut diakhiri dengan ikatan yang sah pada awal tahun depan. "Saya tiada hak untuk beri pendapat tentang pergolakan rumah tangga mereka tapi secara jujurnya cerita-cerita tersebut tidak menganggu perjalanan hubungan kami dan kepercayaan saya kepada Zaquan.

"Setiap perkahwinan ada risikonya dan saya percaya jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan tuhan. Setiap pasangan suami isteri mesti ada dugaannya tersendiri," ujar Ayu ketika dihubungi mStar Online. Menurut Ayu, sebagai orang luar dari keluarga tersebut, dia hanya mendoakan yang terbaik agar perkara tersebut tidak berlanjutan sehingga menjejaskan kerjaya kedua-dua belah pihak. Jelasnya, dia dan Zaquan juga tidak pernah bercerita tentang hubungan rumah tangga pasangan itu dan menganggap ia sebagai masalah peribadi pasangan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ayu memberitahu rombongan merisik daripada keluarga kekasihnya itu masih belum diterima. Justeru dia tidak menafikan jika ia akan di tunda kerana tekanan daripada berita ini. "Tentang perkahwinan kami, keluarga saya masih menunggu. Mereka beritahu selepas raya ini, namun jika tidak bulan Syawal ini mungkin juga bulan hadapan. "Saya belum diberitahu tarikh mereka datang lagi. Insya-Allah, perkara baik kebiasaannya Allah akan permudahkan," ujarnya yang sedang menjalani penggambaran drama berjudul Semua Nak A.

Pelakon drama popular Nur Kasih ini mengaku sudah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu dan sedang merancang mengakhiri zaman bujang mereka dalam masa terdekat ini. - mstar

Saturday, October 2, 2010

Apa Kes Plak Rita Rudaini - Aidil Zafuan Nih?

Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah. Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior itu mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua. Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan.

Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya menjawab gosip yang mendakwa dia menghalau ibu bapa Aidil ketika mereka berkunjung ke rumahnya, baru-baru ini. Berita Harian difahamkan Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin. Malah ketika Aidilfitri baru-baru ini pun, mereka meraikannya bersama keluarga masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya. Sumber yang rapat dengan Rita berkata, akibatnya pelakon itu semakin tertekan dan bingung kerana tidak tahu punca kesalahannya. Bagaimanapun, Rita enggan mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya. Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya" katanya. Anak kelahiran Kangar, Perlis itu berkata umum tahu, hubungannya dengan keluarga mentua keruh sejak berkahwin, tetapi hatinya gembira dan terharu apabila ibu bapa mentua menjenguknya ketika bersalin.
 Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua.

Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja,”katanya. - bharian