ad ld

Pages

Showing posts with label semak rayuan ipta spm selasa 14 jun 2011. Show all posts
Showing posts with label semak rayuan ipta spm selasa 14 jun 2011. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Rayuan Ke IPTA Lepasan SPM Boleh Disemak Mulai Tengah Hari Selasa

Keputusan rayuan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang setaraf untuk sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai tengah hari Selasa. Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata, pemohon boleh berbuat demikian menerusi laman webnya di www.upu.mohe.gov.my atau laman web universiti yang dipohon. Keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal jika mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 3 Julai ini, kata kenyataan itu.