ad ld

Pages

Tuesday, June 14, 2011

Rayuan Ke IPTA Lepasan SPM Boleh Disemak Mulai Tengah Hari Selasa

Keputusan rayuan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang setaraf untuk sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai tengah hari Selasa. Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata, pemohon boleh berbuat demikian menerusi laman webnya di www.upu.mohe.gov.my atau laman web universiti yang dipohon. Keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal jika mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 3 Julai ini, kata kenyataan itu.

Kementerian itu juga tidak melantik ejen atau wakil dalam pemilihan kes rayuan tersebut. Kata kenyataan itu, semua pengurusan berpusat adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan prosedur serta prosedur yang ditetapkan kementerian.

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon diminta hubungi talian 03-88835858 dan 03-88835848. Calon juga boleh menyemak keputusan rayuan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No.KP) dan hantar ke 15888. mstar

-- (Video) Prema Yin n Shahz Jazle: Uols Tgk Sndri Video Ni Unsur Lucah Ke Tak?
-- Pekida Mahu Saman Farid Kamil Dan Syamsul Yusof Berkaitan Filem Kongsi Dan KL Gangster
-- (Gambar) Timberlake N Mila Kunis Saling Meraba Depan Penonton 
-- (Gambar) Kemalangan Ngeri 4 Maut Proton Saga Terbabas Di Km 73 Jln Kuala Kangsar Gerik Perak

No comments: