Pages

Wednesday, June 8, 2011

(Gambar) Ryan Giggs Tiduri Isteri Adik Sendiri

Adik bintang kelab bola sepak Manchester United, Ryan Giggs berpisah dengan isterinya, Natasha yang telah dikahwininya selama lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Perpisahan itu berlaku selepas timbul laporan bahawa Natasha mempunyai hubungan sulit dengan abangnya itu.

Akhbar News of the World kelmarin melaporkan Giggs meniduri Natasha yang merupakan isteri adiknya, Rhodri semasa hubungan sulit berlangsung selama lapan tahun.
Natasha dikatakan mempunyai hubungan dengan Giggs sebelum dia mengahwini Rhodri. Giggs tetap menjalin hubungan sulit itu walaupun dia sudah berkahwin dengan Stacey dan mempunyai dua anak. Rhodri yang berusia 34 tahun dilihat sangat sedih dan tidak lagi memakai cincin perkahwinannya semalam.

Satu sumber memberitahu: "Dia sangat sedih dan tidak percaya bagaimana dia boleh dimalukan isteri dan abangnya itu. "Walaupun Rhodri ada mengesyaki sesuatu yang tidak kena di antara Natasha dan Ryan, tetapi dia tidak sangka ia sampai ke tahap itu." Hubungan sulit itu terbongkar selepas skandal Giggs dengan model terkenal, Imogen Thomas turut didedahkan media pada bulan lalu. kosmo

-- (Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry Di Majlis Ulang Tahun KRU Studios
-- (Video) Prema Yin n Shahz Jazle: Uols Tgk Sndri Video Ni Unsur Lucah Ke Tak?
-- (Gambar) Awek Khairul Fahmi Che Mat, Aimie Harmielia Cun Ke?
-- (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu

No comments: