Seorang remaja melepaskan tumbukan ke muka Lionel Messi, semalam ketika bintang penyerang Barcelona itu melayan peminat di bandar kelahirannya di Argentina, kata saksi. Bintang penyerang Argentina terbabit terjatuh akibat tumbukan itu dalam insiden di bandar Rosario, kira-kira 300 kilometer ke utara Buenos Aires.
Messi memberitahu media tempatan bahawa dia tidak merasakan apa-apa yang tidak bagus sebelum kejadian berlaku. Menurut saksi, penyerang itu datang bersama sekumpulan orang muda yang berkumpul untuk mendapatkan autograf dan dia pantas menarik penutup kepala sebelum melarikan diri sejurus selepas menumbuk Messi.
Penduduk tempatan berkata, lelaki tersebut mungkin peminat kelab tempatan, Rosario Central iaitu pesaing utama Newell's Old Boys kelab yang pernah diwakili Messi sebelum berhijrah ke Sepanyol. utusan
2 comments:
ingatkan semua org kat argentina support messi...
mungkin sakit mental kot..
bukan semua orang suka kalau kita berjaya atau popular walaupun satu apa pun kita tak buat pada orang itu
Post a Comment