ad ld

Pages

Sunday, February 13, 2011

(Gambar) Adik Umie Aida, Kembar Rini Hadiri Uji Bakat AF9

Adik pelakon Umie Aida, Betty Rahmad, merupakan antara selebriti yang hadir ke sesi uji bakat Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pada hari kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu.

Selain itu, kembar penyanyi Rini AF7 iaitu Zuzafrina Zulkifli (Rina), bekas peserta program realiti My Starz LG musim pertama, Ahmad Aliff Afif Tirmizie (Afif) dan bekas peserta One In A Million musim kedua, Shahron Hussein (Rony) turut mencuba nasib untuk menyertai program popular yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) ini.

Secara keseluruhannya, seramai 1,764 orang yang hadir ke sesi uji bakat di Kuala Lumpur selama dua hari iaitu pada Jumaat (686 orang) dan Sabtu (1,078 orang) yang diadili oleh tujuh orang juri iaitu Adlin Aman Ramli, Edrie Hashim, Cikgu Shafi, Cikgu Mimi, Cikgu Shahrul, Sharon Paul dan Aidit Alfian. Menurut Betty yang hadir uji bakat buat kali kedua, dia menguatkan dirinya untuk mencuba nasib sekali lagi setelah dipaksa oleh rakan baiknya, aktres Nora Danish.

“Alang-alang sudah masuk AF yang terakhir, jadi apa salahnya saya mencuba di tambah pula dengan sokongan daripada kawan-kawan. Ada antara kawan-kawan saya mengatakan yang saya boleh menyanyi. Jadi, saya memilih lagu Matahari nyanyian Agnes Monica semasa uji bakat. “Saya memilih AF kerana saya seronok melihat peserta sebelum ini yang belajar banyak perkara seperti kelas tarian, nyanyian dan lakonan serta tinggal di dalam satu rumah,” ujarnya yang pernah kandas semasa uji bakat AF2.

Betty merupakan seorang pelakon yang muncul dalam banyak drama seperti Pengantin Untuk Dijual dan Andalusia.

Sementara Rina yang telah bergelar penyanyi dan mempunyai single Rina Mana Satu tidak berputus asa untuk mencuba sekali lagi uji bakat terakhir ini walaupun pernah gagal semasa sama-sama hadir bersama Rini di uji bakat AF7. Selepas gagal, Rina cuba membaiki kelemahannya dengan memantapkan vokal dan telah mempertaruhkan lagu Realiti Dewi nyanyian Alyah sebagai lagu pilihan uji bakat. petikan mstar

-- (Gambar) Pertunangan Ally Iskandar TV3 Dan Aishah Zainal Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama
-- (Gambar) Ikan Paus 4 Tan Ditemui Di Pulau Sayak Sg Petani Kedah
-- Maizawati Bekas Isteri Akhil Hayy Kemalangan Di Ipoh, Patah Tangan, Jalani Pembedahan, Kandungan Selamat
-- Wardina Kesal Pujian Bekas Mufti, Dr Asri Dikontroversikan

Keputusan Perlawanan Liga Super 12.2.11

Tahniah Kelate, menang besar 4-1 dgn Johor FC dlm perlawanan Liga Super mlm td. Mula2 ketinggalan 0-1, pastu terus balas dgn 4 jaringan termasuk 1 jaringan sndri pemain lawan.

-Kelantan mempamerkan kebangkitan yang menakjubkan ketika menewaskan Johor FC 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam tadi. Kejayaan tersebut menyaksikan skuad kendalian M. Karathu itu merampas status pendahulu daripada Negeri Sembilan yang tumpas 0-2 kepada Perak dalam satu lagi perlawanan di Stadium Ipoh.

Begitupun, Kelantan terlebih dahulu dikejutkan Johor FC apabila ketinggalan 0-1 pada minit ke-25 hasil jaringan Mohd. Riduan Ma'on. Tersentak dengan jaringan tersebut, The Red Warriors terus bangkit dan memperoleh gol penyamaan pada minit ke-29 menerusi Nurul Azwan Roya dan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua, tuan rumah menunjukkan kehebatan sebenar apabila meledak tiga gol lagi menerusi jaringan sendiri pemain Johor FC, Mohd. Riduan Ma'on pada minit ke-50 sebelum penyerang skuad negara, Norshahrul Idlan Talaha manambah gol ketiga pada minit ke-72 dan Nizad Ayub melengkapkan kemenangan bergaya pada minit ke-77. Kemenangan ini menyaksikan Kelantan terikat tujuh mata dengan Perak, namun mempunyai kelebihan menerusi perbezaan gol.

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, tuan rumah, Pahang tersungkur 1-2 kepada Felda United. Gol Felda United dijaringkan oleh Liew Kit Kong menerusi sepakan penalti pada minit ke-47 dan sepakan percuma Faderin Kadir (minit ke-59) sementara gol Pahang pula dijaringkan oleh Azamuddin Mohd. Akil pada minit ke-77.

Di Stadium Shah Alam, juara bertahan, Selangor terus gagal mencatat kemenangan kedua apabila diikat oleh Kuala Lumpur 1-1. Perlawanan lain semalam menyaksikan Harimau Muda A menewaskan T-Team 3-1 sementara Sabah menewaskan Kedah 1-0. kosmo