ad ld

Pages

Saturday, June 4, 2011

Keputusan Hong Kong vs Malaysia Persahabatan 3 Jun 2011

Penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya menyelamatkan reputasi dan rekod baik skuad Harimau Malaya daripada tewas apabila jaringannya membantu mengikat Hong Kong 1-1 dalam perlawanan persahabatan di negara itu, semalam.

Penyerang 26 tahun dan menduduki tangga kedua carta senarai penjaring terbanyak Liga Super di belakang Norshahrul Idlan Talaha itu, menunjukkan bisanya apabila menyamakan kedudukan selepas enam minit masuk menggantikan Safee Sali pada minit ke-66.

Messi Terjatuh Ditumbuk Peminat

Seorang remaja melepaskan tumbukan ke muka Lionel Messi, semalam ketika bintang penyerang Barcelona itu melayan peminat di bandar kelahirannya di Argentina, kata saksi. Bintang penyerang Argentina terbabit terjatuh akibat tumbukan itu dalam insiden di bandar Rosario, kira-kira 300 kilometer ke utara Buenos Aires.