ad ld

Pages

Wednesday, June 5, 2013

S Shamsudin Meninggal Dunia

Pelawak veteran S. Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa di Hospital Universiti Nasional, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair. Berita pemergiannya Allahyarham itu disahkan oleh pelakon Datuk Aziz Sattar yang merupakan rakan artis seangkatannya ketika mereka memulakan kerjaya lakonan di studio Jalan Ampas, Singapura.


"Allahyarham meninggal dunia pada pagi tadi (Selasa) di hospital dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura. "Sudah lama dia menderita sakit paru-paru berair. Moga saya sempat melawatnya sebelum dikebumikan," katanya ketika dihubungi mStar Online yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, untuk berlepas ke Singapura.

Tuesday, June 4, 2013

Asid Maleik Empat Lagi Produk Makanan Taiwan Tercemar

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan empat lagi produk makanan dari Taiwan dilaporkan dicemari asid maleik. Produk berkenaan ialah Green Tea Tapioca Ball dan Yam Tapioca Ball keluaran syarikat Full Free Co Ltd dan Vegetarian Instant Rice Noodle dan Rice Noodle With Thick Soup keluaran Syarikat Long Kow Foods Corp.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Noraini Mohd Othman berkata walaupun empat produk itu tidak diimport oleh Malaysia, namun sebagai langkah berjaga-jaga KKM tetap menyenaraikan ia sebagai antara 15 produk makanan yang digantung pengimportannya sehingga kini.