Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS
apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan
majoriti 1,084 undi. Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN)
untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi
Lazim apabila memperoleh 10,985 undi. Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.
Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin. Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.