ad ld

Pages

Friday, March 7, 2014

Romie Kekasih Hanez Suraya, Dakwaan Isteri Saya Fitnah Semata Mata (Gambar)

Teman lelaki kepada Hanez Suraya iaitu Romie Razin Adilha yang turut hadir di dalam sidang media tergempar pelakon drama wanita itu memberitahu segala kenyataan yang dikeluarkan isterinya kepada pihak media adalah fitnah semata-mata.


"Saya minta maaf kerana segala kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri saya adalah tidak benar dan fitnah semata-mata kerana saya mengenali Hanez selepas rumahtangga saya bergolak. "Saya berkenalan dengan Hanez pada Disember tahun lalu manakala rumahtangga kami bermasalah sejak tahun 2011 selepas dia sendiri memfailkan cerai dua kali iaitu pada April 2011 dan Oktober 2013. "Jadi saya harap, janganlah ada sesiapa yang kaitkan punca keretakan rumahtangga ini dengan Hanez lagi," jelasnya.

Thursday, March 6, 2014

Hanez Suraya Tak Takut Balasan Isu Rampas Suami Orang (Gambar)

Hanez Suraya mengakui tidak takut kepada balasan ataupun karma gara-gara kejadiannya dikatakan merampas suami orang yang juga kekasihnya, Romie Razin Adilha, 34. Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, sekiranya dia berada di pihak yang benar dan ikhlas menjalinkan hubungan dengan pemuda yang dikenali sejak 20 Disember tahun lalu itu, dia tidak perlu takut kepada ‘hukuman’ berkenaan.


"Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar. "Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu," katanya.