ad ld

Pages

Saturday, February 12, 2011

Wardina Kesal Pujian Bekas Mufti, Dr Asri Dikontroversikan

Pengacara Wardina Saffiyah agak terluka dengan komen-komen yang menyakitkan hati oleh pelayar Facebook setelah bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin memujinya sebagai artis contoh yang memiliki rupa dan akhlak yang baik.

Selepas pujian itu ditulis oleh Dr Asri menerusi Facebook miliknya Khamis, ramai yang memberikan pelbagai komen sama ada yang baik dan yang buruk. Bagaimanapun, ia dipercayai telah di padam oleh Dr Asri sendiri setelah perkara tersebut menjadi kontroversi.

Biarpun begitu, Wardina menganggap kritikan negatif itu sebagai lumrah yang perlu dilalui oleh seorang public figure sepertinya. “Saya tidak sempurna, tapi saya mahu menjadi yang lebih baik dan maafkanlah kesalahan saya.


Saya tidak dapat menerima komen-komen yang menyakitkan hati itu. Buat pengetahuan semua, saya tidak minta dipuji kerana saya merasakan diri ini jauh dari kesempurnaan. petikan mstar

-- Nasha Aziz Cedera, Rugi RM 40 Ribu Disamun Di Lampu Isyarat Di Jln Persiaran Ampang Hilir
-- Gambar Nora Danish, Rayqal Dan Jejai Di Jepun
-- Gambar Krisdayanti dan Raul Lemos Bercium Di Sidang Media

(Gambar) Ikan Paus 4 Tan Ditemui Di Pulau Sayak Sg Petani Kedah

Perhh.. Heran cmne ikan paus sebesar tu bleh smp ke Pulau Sayak.. Patut la semlm rasa nak ke Pantai Merdeka tp terpaksa cancel coz hujan, klu tak tentu bleh join tgk live gak..huhu..

SUNGAI PETANI - Bangkai seekor ikan paus dipercayai daripada spesies Bryde seberat 4,000 kilogram (kg) ditemui terdampar di kawasan pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda di sini semalam.

Penemuan bangkai ikan paus sepanjang kira-kira 12 meter itu menarik perhatian ratusan penduduk kampung yang ingin melihatnya dari jarak dekat.

Berdasarkan keadaannya yang mula reput dan berbau busuk, haiwan itu dipercayai telah mati lebih tiga hari lalu sebelum dihanyutkan ke kawasan pantai. Jabatan Perikanan negeri percaya ikan paus itu adalah daripada spesies Bryde yang tergolong dalam spesies haiwan marin terancam di negara ini.

Pegawai jabatan berkenaan juga telah mengambil sampel darah ikan paus tersebut untuk dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) di Rantau Abang, Terengganu. kosmo

-- (Gambar) Datuk 89 Thn Didakwa Rogol Cucu Di Kandang Lembu
-- (Gambar) Nabil Raja Lawak dan Qasha Cium Mulut?
-- Nasha Aziz Cedera, Rugi RM 40 Ribu Disamun Di Lampu Isyarat Di Jln Persiaran Ampang Hilir