ad ld

Pages

Saturday, March 31, 2012

Bawaku Pergi Zizan ft Kaka Digantung Siaran

Pencipta dan penulis lirik lagu Bawaku Pergi, Malique mengesahkan bahawa lagu berkenaan sudah digantung siarannya ekoran liriknya yang kontroversi.

Dalam satu kenyataan kepada media semalam, beliau yang mewakili syarikat penerbitan lagu tersebut iaitu Qarma Musiq memaklumkan, penyanyi lagu berkenaan iaitu pelawak Zizan Raja Lawak telah menerima sepucuk surat mengenai perkara itu daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pagi semalam.

"Kami mahu menuntut keadilan dan pertimbangan yang jelas terhadap tindakan untuk menghentikan seketika penyiaran lagu tersebut," katanya. kosmo

-- Fouziah Gous Sahkan Berkasih Dengan Datuk Seri
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama

Friday, March 30, 2012

Liyana Jasmay Bertunang

Tunang kepada Liyana Jasmay iaitu Fathuddin Mazlan, tidak akan menyekat kerjaya lakonan pelakon wanita itu selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 24 Januari tahun depan.

Fathuddin berkata, dia juga tidak kisah dengan apa sahaja pemilihan watak yang ingin dilakonkan Liyana asalkan ia tidak menjatuhkan maruah keluarga dan diri.

Fouziah Gous Sahkan Berkasih Dengan Datuk Seri

Pelakon jelita Fouziah Gous akhirnya membuka mulut bagi mengesahkan spekulasi mengenai keintimannya dengan seorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri.

Aktres berusia 29 tahun ini berkata hubungan mereka mula intim beberapa bulan lepas walaupun dia sudah mengenali lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu.

Thursday, March 29, 2012

Abby Abadi Bertudung Slps Balik Umrah

Kunjungan pelakon Abby Abadi ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung.

Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Rabu, pelakon berusia 34 tahun itu hasrat memakai tudung telah lama dipendam kerana enggan penghijrahannya itu dianggap sebagai mempersendakan agama.

Wednesday, March 28, 2012

Scha Al Yahya Dan Awal Nikah 4 Mei Di Hotel Pullman Putrajaya

Pasangan pelakon Awal Ashaari,31, akan melangsungkan pernikahannya dengan Scha Al Yahya,29, pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Berita itu diumumkan oleh kedua-dua pihak dalam satu sidang media khas yang diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 3.30 petang Selasa.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

Tuesday, March 27, 2012

Mawi Diikat, Rumah Dimasuki 4 Perompak

Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

Sunday, March 25, 2012

Gambar Irma Hasmie Bertunang Dgn Anak Datuk

Pelakon Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Tarikh tersebut telah diputuskan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.

Thursday, March 22, 2012

Gambar Neelofa Dan Nur Amalina Di UK

Neelofa bertemu Nur Amalina Che Bakri di UK.


Dua dua dh jadi individu terkenal di Malaysia sekarang ni.

Wednesday, March 21, 2012

Gambar Siti Saerah Bersalin Anak Kedua

Tahniah utk Siti Saerah adik Datuk Siti Nurhaliza ni selamat bersalin bayi lelaki.


Cute kan..

-- Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Pernikahan Adiknya
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai 
-- Gambar Fasha Sandha Di Langkawi 

Irma Hasmie Bakal Bertunang

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie mengesahkan bakal bertunang dengan jejaka pilihan hatinya pada tahun ini namun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Irma dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online berkata, dia akan menjelaskan butiran mengenai jejaka berkenaan kepada umum semasa majlis pertunangan itu nanti.

"Ya, Insya-Allah (akan bertunang), cuma tunggu masa majlis nanti baru saya akan cerita," ujarnya ringkas.

Tuesday, March 13, 2012

Nurul Nadirah @ Dirang Mati Dibunuh Dibakar Hingga Rentung

Misteri kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang terjawab selepas polis mengesahkan penemuan rangka rentung di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai Khamis lalu adalah milik kanak-kanak malang itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, ia berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka terbabit yang sepadan dengan DNA ibunya, Roselyn Alan, 25.

Datuk Malek Noor Dan Dr Wan Asma Nikah Di Penthouse KTC

Bekas juara bina badan Asia dan pemegang gelaran Mr. Universe sebanyak dua kali, Datuk Malek Noor, 56, selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, semalam.

Majlis akad nikah secara sederhana pada pukul 11 pagi itu diadakan di penthouse milik Wan Asma di Pusat Dagangan Kelantan (KTC). Ia dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Monday, March 12, 2012

Gambar Lisa Surihani Dan Yusry Bulan Madu Di Zurich

Soooo sweetttt betul lah gambar pengantin baru ni. Honeymoon kt Zurich ditemani salji cmtu makin happening kan. Tahniah utk mereka.


Hot couple Lisa Surihani dan Yusry Kru.

Friday, March 9, 2012

Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Pernikahan Adiknya

Gambar Datuk Siti Nurhaliza di pernikahan adiknya Mohd Hafiz.


Thursday, March 8, 2012

Ella Dan Bakal Suami Hadir Kursus Kahwin Di Damansara

Ratu rock negara, Norzila Aminuddin yang lebih dikenali dengan panggilan Ella dijangka menamatkan zaman daranya tidak lama lagi selepas dia dilihat menghadiri kursus perkahwinan pada 3 Mac lalu bersama bakal suaminya.

Ella, 46, dan lelaki yang dikenali sebagai A itu dikatakan memilih Pusat Kursus Perkahwinan di Pusat Bandar Damansara di sini iaitu tempat yang sama pasangan, Yusry dan Lisa Surihani menghadiri kursus tersebut.

Saturday, March 3, 2012

Leeya Hot FM Dan Ashraf Bercerai

Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.


Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.