Ketika saya mendekatinya, dia menjerit sambil berdiri di tepi jambatan untuk terjun. Saya hampiri lelaki itu dan cuba memujuk sebelum dia meminta saya hubungi bekas kekasihnya bagi memaklumkan tindakannya itu.
Itu kata Ho Leng Hong, 24, saksi kejadian yang berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.8, menghala ke Butterworth, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit berusia 20-an dari Taman Merak, Simpang Ampat, cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas kecewa akibat putus cinta. Ho berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Kulim, Kedah dan mendapati orang ramai berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di tepi jambatan. hmetro
-- (Gambar) Pelajar Histeria Mahu Terjun Bangunan Di SMK Abu Bakar Temerloh
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
No comments:
Post a Comment