Pelakon terkenal 80-an Liza Abdullah sah bercerai talak satu di
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira pukul 3.05 petang
pada Isnin. Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul
Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia
bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.
Suasana di dalam kamar mahkamah pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat. Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.