ad ld

Pages

Wednesday, May 28, 2014

Kepala Sharifah Shahira Berdarah Kerana Prank Game Show (Gambar)

Akibat terkejut dengan 'prank' yang dirancang untuk mengenakannya, pelakon dan pelawak, Sharifah Shahira jatuh terlentang hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di belakang kepalanya.


Menceritakan semula kejadian yang berlaku pada waktu senja itu, pelakon yang terkenal dengan watak komedi ini memberitahu 'prank' berkenaan dirancang bagi sebuah program 'game show'.

Thursday, May 22, 2014

Suami Nafi Ceraikan Izreen Azminda

Suami kepada pelakon Izreen Azminda, 29, iaitu Muhamad Riza Baharuddin, terkejut apabila dikatakan telah melafaz cerai terhadap isterinya di set penggambaran semasa berlakunya pertengkaran.


Muhamad Riza, 31, yang juga jurukamera bebas berkata, dia baharu sahaja memfailkan permohonan cerai di mahkamah rendah syariah Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu dan masih menuggu tarikh untuk dipanggil oleh pihak mahkamah.

Wednesday, May 21, 2014

Izreen Azminda Dicerai Suami Di Set Penggambaran

Izreen Azminda mengesahkan hubungannya dengan Muhammad Riza sudah berakhir. Riza dilaporkan telah menceraikan Izreen di lokasi penggambaran di Pulau Pinang setelah berlaku pertengkaran di antara mereka.


Lafaz cerai itu berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran terbaru membabitkan lakonan Izreen yang turut disaksikan beberapa kru dan pelakon lain. Izreen Azminda dan Muhammad Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki Andrian Umar yang kini berusia 10 bulan. sinarharian.

--  Pelajar Malaysia Dirogol Bergilir Gilir 3 Lelaki Di Bandung
--  Wanita Sembahyang Di Lebuhraya Dekat Bangunan Dewan Bahasa Dan Pustaka (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Rebecca Nur Al Islam Dan Baju Merahnya (Gambar)

Tuesday, May 13, 2014

Pembaca Berita TV3 Dicium Brian McKnight Atas Pentas Konsert Di PWTC?

Persembahan mantap dan bertenaga oleh Brian McKnight, penyanyi dan komposer terkenal dari Amerika Syarikat, bergema di segenap Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pada malam Jumaat lalu.


Brian yang popular dengan lagu Back At One itu telah diterbangkan oleh JAG Live Concert setelah kali terakhir dia berada di Malaysia adalah pada tahun 2000.Ternyata, walaupun kehadiran penonton tidak dapat dibandingkan dengan konsert artis antarabangsa lain, namun 'More Than Words- An Intimate Evening with Brian McKnight dipenuhi dengan kehadiran para selebriti terkenal tempatan.

Monday, May 12, 2014

Datuk Ahmad Said Letak Jawatan Menteri Besar Terengganu Diganti Ahmad Razif (Gambar)

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletak jawatan pada Isnin dan penggantinya akan mengangkat sumpah pada malam ini. Kekosongan jawatan Ahmad akan diganti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman.


Majlis angkat sumpah berlangsung pada pukul 8 malam di Istana Syarqiyyah. Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama dua penggal dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin petang ini.

Berikutan itu, perkembangan terbabit mengesahkan spekulasi bahawa Ahmad Said akan digantikan berikutan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan kekal hanya selama setahun selepas BN hampir kecundang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu. BN menang 17 kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat 15 dan menang separuh daripada kerusi Parlimen di negeri itu. mstar

--  Datuk Ahmad Razif Dilantik MB Terengganu Adun Seberang Takir Ganti Ahmad Said (Gambar)
--  Krisis MAS Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan 
--  Rebecca Nur Al Islam Dan Baju Merahnya (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Tuesday, May 6, 2014

Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia Sakit Jantung

Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang kira-kira pukul 2 pagi Selasa. Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah A. Ishak menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi.


“Atok saya, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi (Selasa). Sedekahkan Al-Fatihah,” katanya dalam Twitter miliknya itu. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung. Abu Ubaidah ketika dihubungi pula berkata, Aziz tiba-tiba mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi sebelum tidak sedarkan diri selepas itu.