ad ld

Pages

Wednesday, March 25, 2015

Lima Makanan Paling Bahaya (Gambar)

Beberapa makanan yang mungkin menjadi makanan kegemaran kita namun di sebalik keenakkannya, ia sebenarnya boleh menjadi bahaya kepada kesihatan jika tidak dikawal.


Hotdog. Kajian Akademi Pediatrik Amerika mendapati hotdog punya choking hazard, terutamanya bagi kanak-kanak. Mereka menyarankan agar hotdog diletakkan label tersebut, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

Kacang. Ia disifatkan merbahaya kerana punya kebarangkalian alergi yang tinggi. Kebanyakan orang yang dihantar ke hospital kerana alergi kacang, tidak mengetahui bahawa mereka punya masalah alahan tersebut.


Sayur berdaun. Bayam dan kubis antara yang termasuk dalam kategori bahaya kerana kajian Pusat Sains dan Kepentingan Awam Amerika mendapati ia antara medium pembawa wabak, terutama sekali yang dihidangkan di restoran.


Tuna. Amerika Syarikat pernah mengeluarkan amaran pengambilan yang banyak di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan perkembangan sistem saraf bayi terbantut. Kopi. Anda penggemar kopi? Berhati-hati kerana pengambilan yang berlebihan bukan sahaja membuatkan anda tak boleh tidur, tetapi juga peningkatan kadar denyutan jantung yang tidak normal. mlp

-- Bayi Duyung Di Hospital Pontian Cerita Palsu (Gambar)
-- Nori Isteri Khairy Jamaluddin Bersalin Anak Ketiga (Gambar)
-- Diana Danielle Seksi Jadi Model Majalah (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)

No comments: